PENANTIAN 27 tahun akhirnya terlerai buat Angkatan Tentera Malaysia apabila juara Liga Perdana itu muncul pasukan pertama mara ke suku akhir selepas menyingkirkan finalis tahun lalu, Terengganu 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam. Diundi dalam kumpulan sukar bersama juara Liga Super dan Piala FA, Kelantan, naib juara musim lalu, Terengganu dan  pemenang empat kali, Kedah, tidak ramai pemerhati yang meletakkan harapan tinggi kepada pendatang baru Liga Super itu untuk mara, namun keadaan sebaliknya berlaku apabila barisan bimbingan B Sathianathan jauh meninggalkan pesaing mereka yang lebih ternama. Meskipun dibelenggu tajuk negatif akhbar sepanjang minggu ini, ATM tetap berwaspada dengan ancaman...

WASPADA ancaman Sang Penyu, krisis dalaman bukan bermakna kemenangan mudah di tempat lawan DIBELENGGU krisis dalaman, bukan petanda bahawa Terengganu bakal diratah dengan mudah oleh pendahulu Kumpulan B, Angkatan Tentera Malaysia. Sebaliknya, pengendali, B Sathianathan tetap berwaspada dengan ancaman Sang Penyu di tempat lawan esok dengan finalis tahun lalu itu masih mampu bergantu kepada pemain muda yang lain seandainya dua tonggak mereka tidak diturunkan berikutan dakwaan masalah disiplin. “Saya fikir masalah dalaman yang melanda tidak akan menjejaskan mereka kerana mereka masih boleh menurunkan pemain muda yang lain. Ia adalah bahaya untuk memikirkan bahawa kami akan meraih tiga mata yang diperlukan dengan mudah. Kami tidak...