Azzuddin Calon Sandang Jawatan Setiausaha Agung AFF
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad ketika ini hangat dikaitkan sebagai calon utama untuk mengisi jawatan Setiausaha Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF). Jawatan itu ketika ini disandang oleh bekas Setiausaha Agung FAM iaitu Dato’ Sri Paul Mony Samuel namun dengan tempoh perkhidmatan beliau sudahpun tamat beberapa minggu lalu, serta keadaan kesihatan beliau yang tidak begitu mengizinkan, ia hampir pasti beliau tidak akan melanjutkan perkhidmatan dan nama Azzuddin menjadi sebutan seterusnya dikatakan calon paling layak untuk mengisi kekosongan itu berikutan pengalaman beliau dalam arena bolasepak. Untuk rekod, Azzuddin dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM pada September 2007 menggantikan Datuk Seri Dr. Ibrahim...