Jurulatih serba boleh Angkatan Tentera Malaysia, B.Sathianathan tahu apa tonik mujarab yang diperlukan barisan pemain The Gladiators agar tidak terbuai dengan mimpi indah dengan kedudukan mereka sebagai pendahulu Liga Super, dan menuntut pemainnya terus memberi tumpuan penuh dalam meneruskan momentum kemenangan apabila ATM bertandang ke Kuala Terengganu, untuk pertemuan menentang tuan rumah Sabtu ini. Kemenangan ke atas Selangor tempoh hari melonjakkan ATM sebagai pendahulu baru liga 12 pasukan dengan kutipan 14 mata, tetapi Sathia sedar kelebihan satu mata mengatasi Lions XII dan Selangor bukan kedudukan selamat buat pasukannya. Justeru, Sathia mengesa anak buahnya tidak mengambil mudah pertembungan menentang Terengganu yang dianggap ramai...