Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak bernasib apabila terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 ketika bertemu Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) pada aksi Liga Premier, TNB Liga Hoki Malaysia hari ini. Ketua jurulatih TNB Muhammad Amin Rahim bagaimanapun tetap gembira dengan keputusan itu kerana sekurang-kurangnya anak buahnya dapat meraih satu mata. "Bagi saya inilah aksi terbaik yang dipamerkan oleh barisan pemain saya. Mereka nampak sangat bersungguh-sungguh mahu meraih kemenangan. "Malangnya mereka masih lagi tidak dapat mengekalkan momentum ketika mendahului lawan. "Apapun semua ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran," katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan. Anak buah Amin mempamerkan aksi bertenaga apabila di depan pada minit...