Malaysia menamatkan kempen Kelayakan Sukan Olimpik Remaja Bawah 18 tahun (Asia) 2018 yang berlangsung di Stadium Queen Sirikit, Bangkok Thailand dengan cemerlang apabila skuad lelaki muncul selaku naib juara sementara skuad wanita berada di tempat ketiga. Walaupun skuad lelaki menamatkan saingan di kedudukan kedua namun pujian harus diberikan kepada mereka yang cemerlang bangkit daripada ketinggalan 2-4 untuk mengikat India 4-4 pada lima minit terakhir perlawanan dan berjaya mengheret permainan hingga ke penentuan shoot-out namun akur tewas 1-2 pada penentuan tersebut. Bagi skuad wanita pula ketika Korea Selatan mengikat pasukan negara 3-3 dan mereka perlu bermain dengan kekurangan seorang pemain akibat (Putri Nur...

Skuad lelaki bawah 18 tahun negara mencipta sejarah apabila layak untuk beraksi di Sukan Olimpik Remaja 2018 buat kali pertama selepas mengesahkan tempat di perlawanan akhir selepas memenangi penentuan shoot-out 5-4 ketika perlawanan sebenar Kelayakan Sukan Olimpik Remaja Bawah 18 tahun (Asia) 2018 yang berlangsung di Stadium Queen Sirikit berkesudahan 4-4. Penjaga gol negara, Muhammad Hamiz Mohd Ahir muncul wira apabila menyelamatkan pukulan shoot-out terakhir daripada Korea Selatan selain lima gol shoot out skuad negara disumbangkan oleh Muhammad Amirul Hamizan Azahar menjaringkan tiga gol dan Mohamad Akhimullah Anuar Esook dengan dua gol. Skuad negara bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan Korea Selatan pada minit...

Impian skuad wanita bawah 18 negara untuk melangkah ke perlawanan akhir Kelayakan Sukan Olimpik Remaja 2018 Asia (5 Sebelah) sekaligus menempah tiket secara automatic ke Sukan Olimpik Remaja 2018 di Bueno Aires, Argentina tidak berkesampaian apabila aksi yang berlangsung di Stadium Queen Sirikit, Bangkok menyaksikan skuad bimbingan Yahya Atan akur tewas 2-4 kepada India. India terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit keenam namun jaringan tersebut tidak mematahkan semangat skuad negara untuk bangkit mencari gol penyamaan pada minit kesembilan menerusi kapten negara, Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun dan mengikat India 1-1 pada aksi separuh masa pertama. Bersambung suku masa kedua, India berjaya menambah...

Semangat skuad lelaki bawah 18 tahun negara yang telah melayakkan diri ke separuh akhir Kelayakan Sukan Olimpik Remaja 2018 Asia (5 Sebelah) yang berlangsung di Stadium Queen Sirikit, Bangkok Thailand kini kian membara untuk memburu dua slot yang dipertaruhkan bagi ke Sukan Olimpik Remaja 2018 di Bueno Aires, Argentina Selepas lima perlawanan Malaysia mengumpul 15 mata maksimum akan bertemu Korea Selatan pada aksi separuh akhir esok yang muncul selaku naib juara kumpulan A, sementara juara kumpulan A, India akan bertemu Bangladesh yang muncul selaku naib juara kumpulan B yang mengumpul 10 mata. Bagi memastikan impian untuk ke Argentina tercapai, Malaysia perlu mencari...

Kemenangan 9-0 yang diraih oleh skuad B-18 wanita pada perlawanan kedua yang berlangsung hari ini bertemu Chinese Taipei menghidupkan kembali peluang skuad wanita negara untuk beraksi di pusingan separuh akhir Kelakayan Sukan Olimpik Remaja 2018 Asia (5 Sebelah) yang berlangsung di Stadium Queen Sirikit, Bangkok Thailand dengan syarat wajib menang keatas Jepun pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan esok. Pengendali skuad wanita, Yahya Atan nyata berpuas hati dengan kebangkitan yang ditampilkan oleh pemain-pemainnya sambil menyifatkan perlawanan bertemu Jepun esok sebagai misi hidup mati pasukan dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pemain untuk mencari kemenangan. “Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa kami mampu untuk menewaskan...

Perlawanan pertama untuk hari kedua bagi skuad lelaki dan wanita bawah 18 tahun negara menyaksikan nasib berbeza dialami oleh kedua-dua pasukan apabila skuad wanita terpaksa berdepan kekalahan 1-9 kepada China sementara skuad lelaki terus cemerlang mencatatkan kemenangan 10-0 keatas Chinese Taipei pada kejohanan Kelayakan Sukan Olimpik Remaja 2018 Asia (5 Sebelah) yang berlangsung di Stadium Queen Sirikit, Bangkok Thailand, pagi ini. Terdahulu skuad wanita yang beraksi menentang China memperolehi gol saguhati pada minit ke-13 menerusi Siti Zulaika Hussain dan kebangkitan yang cuba untuk ditampilkan oleh skuad wanita B-18 negara dinafikan oleh pemain-pemain China. Pengendali skuad wanita, Yahya Atan menerima kekalahan pertama skuad...

Skuad hoki wanita bawah 18 tahun memulakan kempen kelayakan Sukan Olimpik 2018 Asia (5 Sebelah) dengan langkah kanan apabila membelasah Hong Kong, China 10-1 pada perlawanan pembukaan kumpulan A yang berlangsung di Stadium Queen Sirikit, Bangkok Thailand, hari ini. Dalam perlawanan yang menggunakan format 30 minit dan 10 minit bagi setiap suku, jaringan skuad negara diledak oleh Putri Nur Batrisyia Nornawawi (m’1, dan m’23), Siti Zulaika Hussin (m’4, m’8 dan m’18), Nurmaizatul Hanim Syafi (m’5, m’11 dan m’28) serta Siti Nur Arfah Mohd Nor (m’19 dan m’20). Pengendali skuad wanita, Yahya Atan nyata berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan oleh anak-anak...

Skuad hoki lelaki B-18 tahun negara memastikan tiga mata pertama menjadi milik mereka pada perlawanan Kelayakan Sukan Olimpik Remaja 2018 Asia, menentang Kemboja yang berlangsung hari ini di Stadium Queen Sirikit, Bangkok Thailand apabila menjadikan lawan mereka itu sebagai mangsa belasahan menewaskan mereka 23-0. Kapten pasukan Muhammad Amirul Hamizan Azhar meledak hatrik sebanyak dua kali selain Mohamad Akhimullah Anuar Esook menyumbang empat gol, Syarman Mat Tee melakar hatrik sementara Muhammad Noor Firdauz Rosdi, Alfarico Lance Liau JR, Muhammad Arif Syafie Ishak dan Muhammad Muhibuddin Moharam masing-masing menyumbang dua gol pada perlawanan pembukaan tersebut. Pengurus pasukan merangkap penolong jurulatih skuad lelaki, Megat Azrafiq...

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini berkongsi khabar gembira susulan penjaga gol utama negara, S. Kumar yang sebelum ini digantung ekoran gagal ujian doping ketika beraksi di Piala Asia, Dhaka Bangladesh, Oktober lalu bakal kembali menjalani latihan bersama skuad negara selepas Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) mengesahkan hukuman pengantungan selama enam bulan dijatuhkan keatasnya ekoran kegagalan ujian doping apabila sampel air kencingnya didapati mengandungi sibutramine, salah satu bahan larangan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA). Tempoh penggantungan enam bulan dikenakan ke atas Kumar selepas FIH mendapati bahan terlarang tersebut bukan diambil secara sengaja selain mengambil kira kerjasama baik yang diberikan oleh Kumar dan KHM,...

MSSPP-PSHA muncul selaku juara divisyen dua, TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2018 selepas cemerlang menewaskan MBMB Warriors 3-0 pada penentuan shoot-out apabila perlawanan 60 minit berkesudahan tanpa sebarang jaringan pada aksi akhir yang berlangsung hari ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Kecemerlangan Putera Ahmad Syahmie Ahmad Aswad, Muhammad Haikal Hilman Mohamad Hanfiah dan Muhamad Faris Harizan menyempurnakan pukulan shoot-out menjulang MSSPP-PSHA selaku juara dan ekoran perlawanan diheret sehingga ke penentuan shoot-out, wang kemenangan akan dikongsi oleh kedua-dua pasukan dimana setiap pasukan membawa pulang RM6,500. [caption id="attachment_28155" align="alignright" width="300"] Pemain-pemain KL Vipers MSSM KL meraikan kemenangan 2-1 menewaskan Anderson PHA untuk mereka...