Pengendali skuad wanita negara, Muhammad Dharmaraj Abdullah nyata berpuas hati dengan hasil daripada kempen jelajah Australia yang telah diatur baru-baru ini apabila anak-anak buahnya berjaya menamatkan aksi yang berlangsung di Pusat Hoki Brisbane dengan tiga kemenangan dan dua keputusan seri selain peningkatan yang cukup ketara disajikan oleh pemainnya walaupun lawan mereka Queensland Academy of Sports (QAS) tidak menurunkan lima pemain utama mereka kerana beraksi di Hoki Piala Dunia 2018 London. Dharmaraj yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA) semalam menyifatkan peningkatan yang telah ditunjukkan oleh pemain-pemainnya adalah yang terbaik sepanjang dua tahun setengah dia bersama skuad wanita dan menganggap ia...

Impian skuad hoki lelaki negara untuk mencatatkan kemenangan pertama disekat oleh lawan mereka Australia A pada perlawanan persahabatan keempat yang berlangsung hari ini di Stadium Hoki Perth apabila aksi tersebut berkesudahan dengan keputusan seri 2-2. Faizal Saari dan Muhammad Razie Abd Rahim meledak gol untuk skuad negara masing-masing menerusi jaringan padang dan pukulan sudut penalti pada minit ke-21 dan 52. Ketinggalan 1-0 nyata tidak mematahkan semangat skuad negara untuk bangkit mencari gol penyamaan menerusi jaringan Faizal serta jaringan pukulan sudut penalti Razie Rahim meletakkan skuad negara dihadapan 2-1 dan ketika perlawanan dilihat seakan memihak kepada skuad negara, Australia A bangkit mengikat mereka...

Skuad hoki wanita negara yang turun untuk aksi persahabatan kelima hari ini di Pusat Hoki Brisbane bertemu Queensland Academy of Sports (QAS) berjaya menutup siri jelajah yang diatur dengan cemerlang apabila mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas lawan mereka itu. Tiga gol yang terhasil pada perlawanan hari ini adalah hasil jaringan Nuraini Rashid yang meledak dua gol menerusi pukulan sudut penalti dan pukulan stroke selain Raja Norsharina Raja Shabuddin menjaringkan satu gol pukulan sudut penalti dan secara keseluruhan Malaysian Tigress menutup siri jelajah dengan tiga kemenangan dan dua keputusan seri. Pengendali negara, Muhammad Dharmaraj Abdullah ketika dihubungi menjelaskan ada peningkatan yang ditunjukkan oleh...

Malaysian Tigress terus cemerlang mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut menewaskan Queensland Academy of Sports (QAS) 2-1 pada aksi yang berlangsung di Pusat Hoki Brisbane sementara Malaysian Tigers dilihat masih lagi mencari fomular terbaik untuk memecahkan kebuntuan kemenangan apabila tewas kepada Australia A, 0-3 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Perth. Walaupun skuad wanita ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama, kebangkitan yang ditunjukkan Malaysian Tigress menghadiahkan kemenangan kedua skuad wanita negara hasil gol pukulan sudut penalti Nuraini Rashid dan beberapa saat sebelum masa sebenar perlawanan berakhir, Kirandeep Kaur menyempurnakan pukulan sudut penalti selepas penjaga gol lawan gagal untuk mengeluarkan bola daripada kawasan...

Motto “HardworkBeatsTalent” yang menjadi pegangan Christopher Raj, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat perhubungan awam sukan tempatan dan antarabangsa, ShekhinahPR Sdn Bhd sekali lagi menghadirkan sebuah kejayaan bermakna kepada beliau. Berlangsung di Hotel Hilton semalam, Christopher Raj telah dinobatkan sebagai “Emerging Entrepreneur Of The Year” daripada Global Leadership Awards (GLA) 2018 dalam satu majlis penuh berprestij di hotel itu. [caption id="attachment_54952" align="alignleft" width="300"] Christopher Raj (dua dari kanan) yang memenangi anugerah "Emerging Entrepreneur Of The Year" bergambar bersama Datuk Azis Jamman, Timbalan Menteri Dalam Negeri (dua dari kiri), Shahul Hameed Shaik Dawood (paling kiri) selaku Pengerusi GLA 2018, dan Arthur Carmazzi (paling kanan)...

Skuad hoki wanita negara yang turun untuk siri perlawanan persahabatan ketiga bertemu Queensland Academy of Sport (QAS) di Pusat Hoki Brisbane hari ini akhirnya menemui sentuhan kejayaan apabila menewaskan lawan mereka 3-1. Tiga gol negara kesemuanya berpunca daripada pukulan sudut penalti dimana dua gol dijaringkan oleh Nuraini Rashid dan satu lagi hasil gol Hanis Nadia Onn. Berdasarkan statistik perlawanan hari ini, Malaysian Tigress memperolehi 10 pukulan sudut penalti dan menjaringkan tiga daripadanya sementara QAS dihadiahkan dengan enam pukulan sudut penalti dan satu daripadanya diterjemahkan kepada gol. Pengendali negara Muhammad Dharmaraj Abdullah ketika dihubungi selepas tamat perlawanan nyata berpuas hati selepas anak-anak buahnya...

adidas Football has today launched the latest colourway for the X18+, a boot designed to unleash the speed of the game’s most dangerous players. Released as part of the Team Mode pack - alongside Predator, NEMEZIZ and COPA silos – the boot comes in a striking yellow, black and blue colourway. [caption id="attachment_54926" align="alignright" width="200"] The new Team Mode X18+ is designed to provide stability and support at high speed. The boot's key features include CLAW COLLAR, SKELETAL WEAVE, SPEEDMESH, SPEEDFRAME, and 3D MOULDED HEEL.[/caption] The X18+ is designed to provide stability and support at high speed. A laceless upper locks down...

Impian skuad hoki negara untuk mencari kemenangan pertama dalam siri perlawanan persahabatan di Australia masih belum kesampaian apabila terpaksa berhadapan satu lagi kekalahan 2-3 ketika bertemu Australia A pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Perth, hari ini. Walaupun Malaysian Tigers berjaya meninggalkan lawan mereka 2-0 pada separuh masa pertama hasil gol padang Faizal Saari pada minit keempat dan Muhammad Shahril Saabah pada minit ke-19, namun Australia A bangkit di separuh masa kedua dengan tiga gol (m’38, m’43 dan m’44) untuk meragut harapan skuad negara mencari kemenangan pertama. Jurulatih kebangsaan, Stephen van Huizen melihat ada peningkatan yang telah ditunjukkan oleh pemain-pemainnya untuk...

Skuad hoki wanita negara hari ini memulakan siri perlawanan persahabatan pertama mereka dengan mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Queensland Academy of Sports (QAS) di Pusat Hoki Brisbane. Jaringan kedua-dua pasukan tercetus pada suku terakhir perlawanan dan Nuraslinda Said merupakan penyumbang tunggal skuad negara untuk aksi hari ini. Pengendali negara, Muhammad Dharmaraj Abdullah menyatakan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi sama rata, walau bagaimanapun dia kurang gembira apabila kelebihan pukulan sudut penalti dan peluang untuk meledak gol menerusi jaringan padang tidak berjaya disempurnakan dengan sebaiknya. “Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi sama rata tetapi kami tidak menggunakan peluang yang terhidang untuk menjaringkan gol sama ada menerusi gerakan padang...

adidas Football today revealed the new FC Bayern away shirt that the German club will wear during the 2018/19 season. The current champions will seek to win their seventh straight Bundesliga title in a kit designed to stand out from stadium to street. The new all ash green shirt with purple trim brings a modern, streetwear style to the iconic club. Combining wearability with style, the kit features a newly improved performance silhouette. An elegant button collar and engineered sleeve cuff creates a sophisticated look suited to the pitch and the streets. Inigo Turner, Design Director at adidas said of the launch:...