Kerjasama jangka panjang bertujuan untuk menyajikan kejohanan berkelas dunia di rantau ini serta mencungkil bakat-bakat baharu sukan badminton   Malaysia, Kuala Lumpur (20 November 2019) – DAIHATSU dan PERODUA hari ini secara rasmi mengumumkan untuk terus bekerjasama bagi menaja kejohanan PERODUA MALAYSIA MASTERS untuk tempoh dua tahun lagi.   PERODUA MALAYSIA MASTERS akan menjadi acara pertama di dalam kalendar HSBC World Tour Super 500. Kejohanan yang akan menawarkan wang tunai sebanyak USD 400,000 ini akan berlangsung pada 7-12 Januari 2020 dan akan memperlihatkan beberapa bintang-bintang dunia mempamerkan aksi memukau mereka di Axiata Arena, Kuala Lumpur.   DAIHATSU dan PERODUA akan terus komited bagi membantu arena badminton...

Kehebatan di arena korporat diterjemahkan di gelanggang sukan   KUALA LUMPUR (17 NOVEMBER 2019):  LionMas membuktikan mereka bukan saja hebat di arena korporat tetapi juga di gelanggang sukan apabila muncul juara sulung Senheng Purple League Corporate (SPLC) 2019 dengan menundukkan TopGlove 9-4 pada final di Sports Arena Sentosa hari ini. LionMas bermula garang di final apabila Goh Ting Yu tidak menghadapi masalah mengenepikan cabaran Lim Jihn Yih dari Top Glove, 3-0 (11-5, 11-0, 11-3)  dalam perseorangan lelaki. Gandingan beregu lelaki, Lee Yew Wah-Ti Kian Kok menjadi kunci kepada kejayaan LionMas apabila mengejutkan pasangan yang menampilkan bekas pemain kebangsaan, Ismail Saman dan James Koh, 11-10,...

KUALA LUMPUR (16 NOVEMBER 2019) : Dengan berakhirnya Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) / (Kongress) Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kali ke-66 hari ini sekaligus menyaksikan pentadbiran bagi Ahli Jawatankuasa Penggal 2019-2023 telah bermula secara rasmi. Umum mengetahui turut berlangsung pada AGM/Kongress di Hotel Palace of Golden Horses adalah pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa untuk penggal baru yang terus diterajui oleh Presiden KHM, Dato’ Sri Subahan Kamal selepas beliau diumumkan menang tanpa bertanding. Turut mempertahankan jawatan untuk sepenggal lagi ialah Timbalan Presiden (Wanita) KHM, Prof. Dato’ Dr Shamala Subramaniam selepas pesaing tunggalnya menarik diri daripada bertanding dan situasi yang sama turut berlaku kepada Timbalan Presiden...

KUALA LUMPUR (7 NOVEMBER 2019): Sejak kebelakangan ini, work-life balance (Imbangan Kehidupan Bekerja) seakan sukar untuk dicapai oleh para pekerja yang berdepan dengan tekanan di pejabat. Salah satu cara bagi mengelakkan diri daripada menghadapi tekanan adalah dengan menjalankan aktiviti sukan dan kecergasan meskipun sukar untuk melakukannya berikutan faktor masa, tempat dan sebagainya. Bagi memupuk amalan gaya hidup sihat di kalangan pekerja yang berada di sektor komersial, Malaysia Purple League telah tampil ke depan selepas kejayaan penganjuran Purple League dan Purple League Junior dengan menyediakan satu lagi platform bagi syarikat-syarikat korporat untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Edisi sulung Senheng Purple League Corporate (SPLC)...

Finishes eight among World’s best at FIA Motorsport Games     ROME (6 NOVEMBER 2019): It was definitely an outing to remember for the recent eRacing Grand Prix SEA Champion, Mior Muhammad Hafiz, as he represented Malaysia for the first time in the inaugural FIA Motorsport Games which was held at Vallelunga Circuit, Rome last weekend.   Mior, who finished 8th in the Grand Final round of the Digital Cup category can be proud of himself after being one of only two drivers from Asia to qualify for the final round of the competition. The other Asian driver who followed Mior into the final was...