Tuan rumah, MCKK berpeluang balas dendam ke atas SEMASHUR menjelang aksi suku akhir esok   KUALA KANGSAR (29 FEBRUARI 2020): Juara bertahan, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) mempamerkan prestasi memberangsangkan untuk melangkah ke pusingan suku akhir Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s edisi ke-10 di Kuala Kangsar esok.   Pasukan itu dilihat tidak mempunyai masalah untuk mencatat kemenangan ke atas SMK King George V 17-5 dan SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab 31-12.   Namun, rekod cemerlang SEMASHUR sedikit tercalar selepas tewas kepada Maktab Tentera Diraja 7-20 dalam aksi Kumpulan A.   Keputusan tersebut bagaimanapun tidak menjejaskan harapan SEMASHUR untuk mara ke pusingan suku akhir menentang English...

KUALA KANGSAR (28 FEBRUARI): Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s edisi ke-10 yang bermula secara rasmi hari ini masih meriah meskipun tanpa penyertaan daripada pasukan luar negara bagi merebut trofi NJ Ryan tahun ini.   Tiga pasukan dari luar negara yang mengesahkan penyertaan dari tiga negara Asean ini, iaitu Kolej Vajiravudh dari Thailand, Sekolah Antarabangsa Jerudong, Brunei dan wakil Indonesia, Sekolah Menengah Atas Darunnajah tidak dapat menyertai kejohanan ini pada saat akhir kerana penularan wabak COVID-19 ketika ini.   Pengarah kejohanan, Amrol Hazarin Hamidon mengakui kejohanan kali ini masih lagi istimewa memandangkan ia adalah edisi yang ke-10 dianjurkan sejak 2011.   "Saya masih lagi berpuas hati dengan Kejohanan...

KUALA LUMPUR, 22 FEBRUARI: Pasukan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) melengkapkan kejuaraan ‘treble’ pada kempen TNB Liga Hoki Malaysia (TNB LHM) 2020 selepas menewaskan Terengganu Hockey Team (THT) 2-1 untuk menjuarai Piala TNB dalam aksi yang berlangsung di Bukit Jalil pada Sabtu. Juara liga itu bagaimanapun terpaksa bangkit daripada ketinggalan apabila THT yang merupakan juara bertahan mempunyai permulaan yang cukup baik. Jaringan Nabil Fiqri Mohd Noor hasil daripada pukulan sudut penalti pada minit ke-13 meletakkan THT di depan. UniKL memberikan tentangan lebih hebat namun ketangkasan penjaga gawang THT, Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri menafikan barisan penyudah lawan. Gawang THT bagaimanapun bolos pada minit ke-48 apabila...

Gedung rangkaian sukan gergasi bekal pakaian dan cenderamata rasmi   JOHOR BAHRU (15 FEBRUARI): Pihak Sekreteriat SUKMA Johor hari ini melancarkan Pakaian dan Cenderamata Rasmi SUKMA XX JOHOR 2020 yang mana pihak Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd telah diberi hak eksklusif bagi mengeluarkan cenderamata rasmi bagi SUKMA XX Johor 2020. Majlis Pelancaran Cenderamata Rasmi SUKMA XX Johor 2020 yang berlangsung di Beletime Danga Bay, Johor Bahru telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Dato' Dr. Sahruddin bin Haji Jamal, Menteri Besar Johor, sebentar tadi. Kerjasama ini sekaligus menyaksikan pengeluar barangan sukan terkemuka ini mendapat hak bagi menghasilkan pakaian serta cenderamata rasmi bagi temasya SUKMA XX...

KUALA LUMPUR (11 FEBRUARI 2020): Edisi ke-10 Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Premier the Malay College Kuala Kangsar (MCKK), yang terkenal dengan nama Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s, bakal kembali dengan edisi ke-10 menyaksikan 24 pasukan ragbi sekolah menengah utama tempatan dan luar negara bertarung untuk merebut piala berprestij yang dikenali sebagai Trofi NJ Ryan.   Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s kali ini dijadual berlangsung dari 28 Februari hingga 1 Mac ini di Kuala Kangsar, Perak. Kejohanan ini terus menerima sambutan hangat apabila 21 pasukan ragbi tempatan, mewakili semua negeri-negeri di Malaysia, dan tiga pasukan dari luar negara mengesahkan penyertaan untuk edisi ke-10...

JOHOR BAHRU (5 FEBRUARI): Bersempena dengan penganjuran temasya SUKMA XX yang bakal diadakan di negeri Johor, pihak penganjur menerusi Sekretariat SUKMA mengambil inisiatif dengan menganjurkan Karnival Semarak Juara 2020 yang bertujuan untuk membawa kehangatan temasya SUKMA XX Johor 2020 yang akan membuka tirainya pada 11 Julai 2020 nanti. Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru telah dipilih sebagai venue untuk karnival ini yang akan menyediakan pelbagai aktiviti dan program sepanjang ianya berlangsung.  Semarak Juara FUN RUN 2020 telah berjaya menarik seramai 5,000 orang  peserta di bawah dua kategori larian iaitu 5 kilometer (km) dan 1.5 kilometer (km) ‘Fun Walk’. Larian ini bakal diserikan lagi...