Tumbangkan juara 4 kali SSTMI dalam aksi final¬†   KUALA KANGSAR (1 MAC): Pasukan Maktab Sultan Abu Bakar (English College) mencipta kejutan tersendiri selepas muncul juara kejohanan ragbi MCKK Premier 7s edisi 2020 buat kali pertama selepas menewaskan pasukan pilihan, Sekolah Sultan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) di Kuala Kangsar hari ini.   EC berjaya merekodkan kemenangan dramatik 15-12 ke atas SSTMI sekali gus menjulang trofi berprestij, NJ Ryan buat kali pertama sejak kejohanan ragbi peringkat remaja itu diperkenalkan pada edisi 2011.¬†   Ketua jurulatih skuad ragbi EC, Abdul Hanis Mokthar berkata, persiapan rapi sejak awal tahun ini telah membuahkan hasil meskipun pada awalnya pasukannya tidak meletakkan...