KUALA LUMPUR (3 April 2020): Setelah berjaya dengan penganjuran edisi sulung eRacing Grand Prix SEA (eRGP SEA) tahun lalu, Axle Motorsport sekali lagi tampil untuk merancakkan E-Sukan dengan saingan lumba simulator – eRGP SEA – Global Edition yang menyaksikan para pelumba terbaik serantau bersaing untuk menjadi jaguh lumba simulator. eRGP SEA – Global Edition ini menampilkan sebanyak enam pusingan perlumbaan yang turut merangkumi dua kategori iaitu GT3 dan GT4. Kelas profesional GT3 akan menyaksikan para perlumba beraksi menggunakan jentera berkuasa tinggi antaranya Ferrari, Porsche, Mercedes mahupun BMW. Kategori ini juga akan menampilkan jaguh profesional antarabangsa seperti pelumba Formula E. Edoardo Mortara, pelumba WTCR Yann...