KUALA LUMPUR (13 MEI) : Jawatankuasa Kejurulatihan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini telah mengadakan mesyuarat kali ketiga di mana mesyuarat yang dilangsungkan menerusi aplikasi atas talian itu dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan, Dato’ Sri Subahan Kamal dan beberapa kata sepakat telah berjaya dicapai dalam mesyuarat tersebut. Perbincangan yang berlangsung hari ini telah menerima maklum balas daripada En. Jadadish Chandra yang dipertanggungjawabkan selaku Pengerusi Sesi Temuduga bagi menjalankan sesi temuduga bersama calon Ketua Jurulatih Skuad Hoki Wanita Kebangsaan. Menerusi maklum balas tersebut, satu keputusan telah dipersetujui iaitu untuk menangguhkan sesi temuduga calon daripada luar negara sehingga situasi wabak Covid-19 dunia beransur...

KUALA LUMPUR (20 April 2020): Selepas kejayaan penganjuran eRacing GP Southeast Asia (eRGP SEA) Global Edition yang turut menyaksikan ramai pelumba litar sebenar berentap dengan pelumba simulator, Axle Motorsport mengambil langkah memastikan eRacing terus berada pada kelasnya tersendiri. Edisi kali ini yang dikenali sebagai Causeway Edition, akan menyaksikan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) tampil bekerjasama dengan Axle Motorspots bagi meneruskan kesinambungan kejayaan penganjuran ‘Lock Down Edition’ dimana ratusan pelumba seluruh Malaysia dan Singapura beradu kepakaran lumba simulator menerusi platform RaceRoom. Presiden Persatuan Permotoran Malaysia (MAM), Tan Sri Mokhzani Mahathir amat teruja dengan penganjuran eRGP Causeway Edition. “Ia adalah langkah yang bagus oleh pihak yang menganjurkan...

KUALA LUMPUR, 02 Mei 2020: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini pada jam 11.18 pagi telah menerima surat rasmi daripada Presiden Persatuan Hoki Perak (PHA), Tuan Haji Saiyuti Bin Samat yang memaklumkan tentang pembatalan Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2020. Keputusan pembatalan tersebut telah dibuat oleh PHA selaku penganjur rasmi Kejohanan selepas mendapat perkenan daripada Istana Perak selain mengambil kira saranan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia serta memikirkan tentang kebaikan semua rakyat di Malaysia terutamanya di negeri Perak ekoran kini penularan wabak Covid-19 dan KHM menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka. KHM juga dengan rasminya akan memaklumkan kepada Persekutuan Hoki Antarabangsa...