Pengerusi Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Christopher Raj, mengajak rakyat Malaysia untuk membuat sumbangan kepada Ustaz Ebit Lew dalam usaha mendapatkan 43 ribu tablet untuk kegunaan para pelajar yang memerlukan. Beliau terpanggil untuk membantu usaha pendakwah terkenal itu selepas membaca perkongsian Ustaz Ebit Liew di Facebook. “Sedih membaca perkongsian Ustaz Ebit Lew di Facebook. Sebanyak 43 ribu mesej diterima olehnya yang meminta sumbangan tablet untuk anak2 belajar di rumah. “Satu tablet berharga dalam lingkungan sekitar RM600-RM800. Jumlah keseluruhan tablet pula mungkin mencecah RM30 juta,” tulis Christopher di laman Twitter. Tambahnya lagi, “Sekiranya 15 juta rakyat Malaysia yang berkemampuan dapat menyumbang...