KENYATAAN AKHBAR TAN SRI ANNUAR

SOKONGAN DAN GALAKAN YANG SAYA TERIMA BARU‐BARU INI DARI KOMUNITI BOLASEPAK AMAT MEMBERANGSANGKAN. KENYATAAN DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU ABDULLAH TIMBALAN PRESIDEN FAM BARU‐BARU INI BAHAWA APA PALING PENTING ADALAH MASA DEPAN PEMBANGUNAN BOLASEPAK DI MALAYSIA MENCERMINKAN DEDIKASI DAN KOMITMEN DYTM TENGKU KE ARAH KEMAJUAN SUKAN BOLASEPAK DI NEGARA INI.

SAYA AMAT BERBESAR HATI BAHAWA SUMBANGAN SAYA KEPADA SUKAN BOASEPAK TELAH MENDAPAT PENGIKTIRAFAN DYTM TENGKU DAN DENGAN HORMATNYA MENERIMA TAWARAN DYTM TENGKU UNTUK MENJADI PENGANTARA UNTUK MENAMANTKAN KEBUNTUAN INI.

SAYA TETAP MENGHORMATI KEPUTUSAN JAWATANKUASA DISIPLIN DAN PROSEDUR FAM TETAPI SAYA PERCAYA JIKA DYTM TENGKU ABDULLAH, DENGAN PENGALAMAN YANG MENDALAM DYTM TENGKU DI FAM, AFF, AFC DAN JUGA FIFA, DAPAT MELIHAT BAHAWA ADA KEMUNGKINAN SUATU PENYELESAIAN ALTERNATIF DAPAT DICAPAI, SAYA AMAT BERBANGGA UNTUK BERKERJASAMA DENGAN DYTM TENGKU UNTUK KEBAIKAN BOLASEPAK MALAYSIA.

ADALAH MENJADI HARAPAN SAYA BAHAWA TAWARAN DYTM TENGKU DITERIMA OLEH MASYARAKAT DAN KOMUNITI BOLASEPAK NEGARA INI SEBAGAI LANGKAH POSITIF YANG MENCERMINKAN KEWIBAWAAN DYTM TENGKU SEBAGAI PEMIMPIN. SAYA PERCAYA BAHAWA KITA
HARUS BERKERJASAMA DENGAN PIMPINAN AFIRMATIF SEDEMIKIAN DAN AMAT BERBANGGA UNTUK BERKERJASAMA DENGAN DYTM TENGKU KE ARAH KEMAJUAN TANPA MENGIRA BATASAN.

PERJALANAN KE ARAH KEMAJUAN ADALAH JALAN YANG PANJANG DAN MENDUGA DAN SAYA AMAT BERBANGGA KERANA BERPELUANG UNUTK BEKERJASAMA DENGAN DYTM TENGKU UNTUK MENGEKALKAN INSTITUSI INI SEBAGAI TONGGAK KEMAJUAN BOLASEPAK DI NEGARA MALAYSIA. DENGAN SEMANAGAT 1FAM, SAYA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA DYTM TENGKU
ATAS TAWARAN DYTM TENGKU UNTUK MENJADI PENGANTARA DI DALAM KEBUNTUAN YANG DIALAMI.

SAYA JUGA INGIN MENGAMBIL PELUANG INI UNTUK MENEGASKAN KOMITMEN
BERTERUSAN SAYA KEPADA SUKAN BOLASEPAK DI KELANTAN DAN MALAYSIA.

No Comments

Post A Comment