Berita Baik Menanti Peminat JDT

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim bakal tampil dengan 4 muka baharu untuk musim depan selain satu perjanjian akan dimeterai bersama dengan satu lagi jenama terkenal di peringkat antarabangsa.

Menurut satu perkongsian video oleh pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, satu pengumuman khas akan diadakan pada Khamis ini berkenaan dengan jendela perpindahan pemain bagi musim baharu.

“Kami telah menandatangani 4 orang pemain untuk musim 2021 serta 4 lagi pemain (2 naturalisasi, 1 import) untuk musim 2022.

“Kami juga mencipta satu lagi sejarah apabila kami akan menandatangani perjanjian kolaborasi bersama satu jenama antarabangsa yang cukup terkenal,” titah Tunku Ismail.

Perjanjian tersebut juga merupakan satu pengiktirafan bukan sahaja untuk kelab JDT tetapi juga buat negara.

Difahamkan satu pengumuman akan dibuat secara eksklusif pada Khamis ini.

“Itu sahaja yang dapat saya kongsikan untuk para peminat, kita jumpa pada hari Khamis Insya Allah.”

Berita gembira yang amat dinanti-nantikan ini sudah pasti akan mencatat satu lagi lembaran sejarah buat kelab kebanggaan selatan tanah air itu.

Tags:
No Comments

Post A Comment