15 Oct Sukan Olimpik Remaja 2018: Akhimullah Pimpin Malaysia Ke Separuh Akhir
Dua jaringan Mohamad Akhimullah Anuar Esook membawa Malaysia untuk beraksi di pentas separuh akhir Sukan
Dua jaringan Mohamad Akhimullah Anuar Esook membawa Malaysia untuk beraksi di pentas separuh akhir Sukan Olimpik Remaja 2018 Bueno Aires Argentina selepas menewaskan Austria 2-0 pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Taman Olimpik Argentina.
Malaysia dan Austria maisng-masing buntu untuk mendapatkan sebarang jaringan pada separuh masa pertama walaupun mempunyai peluang dan bersambung separuh masa kedua, Malaysia meledak dua gol menerusi Akhimullah pada minit ke-11 dan 19 untuk Malaysia melangkah ke separuh Akhir.
Kejayaan skuad B-18 negara melangkah ke separuh akhir membuktikan bahawa pembangunan sukan hoki yang telah dijalankan mula membuahkan hasil dan Malaysia mempunyai pemain pelapis yang mampu untuk memberikan saingan ketika beraksi di pentas tertinggi.
Bagi kapten pasukan, Muhammad Amirul Hamizan Azahar dia sukar untuk menggambarkan kegembiraan apabila berjaya melangkah ke separuh akhir namun mengulas pertemuan suku akhir hari ini, mereka sedikit bergelut pada lima minit pertama untuk mencari jaringan dan terlepas beberapa peluang untuk menjaringkan gol.
“Syukur Alhamdulillah, tidak dapat kami gambarkan kegembiraan ini kerana berjaya menempah tempat di separuh akhir.
“Perlawanan hari ini kami bermula dengan sedikit bergelut pada lima minit pertama kerana kami terlalu ingin mendapatkan jaringan tetapi selepas kami berjaya untuk menjaringkan gol pertama, kami bermain dengan lebih tenang dan berjaya menjaringkan gol kedua.
“Kami akan bertemu Zambia pada separuh akhir dan walaupun kami telah menewaskan mereka 7-2 pada aksi kumpulan tetapi separuh akhir tekanannya lain jadi kami akan cuba untuk melakukan yang terbaik.
“Kami perlu lebih berdisiplin dari segi bertahan selain kami perlu mempertajamkan lagi percubaan jaringan agar dapat memberikan persaingan yang terbaik kepada Zambia,” jelasnya ketika dihubungi selepas tamat perlawanan.
Malaysia akan membuat perhitungan dengan Zambia di pentas separuh akhir selepas Zambia menewaskan lawan mereka Australia 6-4 dan pertarungan separuh akhir akan berlangsung pada Ahad jam 2.00 pagi waktu Malaysia.
Remaja 2018 Bueno Aires Argentina selepas menewaskan Austria 2-0 pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Taman Olimpik Argentina.

No Comments