ARENA EMAS BAKAL SAJI KELAINAN PADA SUKMA XX
JOHOR BAHRU (21 JULAI): Arena Emas, Taman Impian Emas yang dibangunkan oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd (KPRJ) dengan kos sebanyak RM31 juta telah menerima pujian daripada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal hari ini. Arena Emas yang merangkumi gelanggang bagi acara memanah, petanque, boling padang dan skuasy ini terletak kira-kira 18 kilometer dari pusat bandaraya Johor akan menjadi tumpuan buat para atlet pada temasya SUKMA XX Johor 2020 tahun hadapan. Wan Ahmad Fayhsal yang mengadakan lawatan kerja ke Johor selama dua hari pada Isnin telah memuji keupayaan Johor di dalam membina fasiliti serba canggih...