Trofi Juara-Juara Asia 2018: Tempat Ketiga Milik Malaysian Tigers
Skuad hoki lelaki negara berjaya memastikan kedudukan ketiga menjadi milik mereka selepas menewaskan Jepun 3-2 dalam aksi penentuan shoot-out apabila perlawanan sebenar Trofi Juara-Juara Asia 2018 Muscat Oman berkesudahan dengan seri 2-2. Aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Sultan Qaboos hari ini menyaksikan Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi, Norsyafiq Sumantri dan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil cemerlang dalam melunaskan shoot-out selain ketangkasan penjaga gol negara Muhammad Hairi Abd Rahman menidakkan tiga pukulan shoot-out Jepun untuk Malaysia muncul pemenang dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat. Jepun membuka tirai jaringan terlebih dahulu pada minit ke-18 menerusi satu serangan balas yang diatur apabila...