MESA serius martabat sukan papan selaju
Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia (MESA) mahu mengatur lebih banyak pelan dan program untuk terus menggalakkan pembangunan serta menarik penyertaan golongan remaja bagi melibatkan diri terutamanya dalam sukan papan selaju. Presidennya, Tan Sri Dato’ Seri Darshan Singh Gill berkata persatuan itu sentiasa mengambil berat kepada sukan ekstrem, tambahan pula sukan papan selaju adalah antara sukan ekstrem yang tersenarai dalam Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia serta juga temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo nanti. [caption id="attachment_18937" align="alignright" width="300"] Atlet muda papan selaju berusia 11 tahun, Ian Iman bakal menjadi prospek penting masa depan dalam sukan papan selaju negara.[/caption] Dia berkata, “Kita akan mengatur pelbagai...