Siri Terbuka Singapura: Malaysian Tigress Belasah Indonesia 18-0
Skuad bimbingan Muhammad Dharmaraj Abdullah berjaya memastikan kempen pusingan pertama Kejohanan Hoki Siri Terbuka Singapura 2018 (Wanita) yang berlangsung di Pusat Sukan Seng Kang, Singapura petang tadi dibuka dengan cemerlang apabila tidak berdepan masalah untuk membelasah Indonesia 18-0. Bagaimanapun Dharmaraj tidak mahu anak-anak buahnya dibuai dengan kejayaan yang dikecapi hari ini kerana esok mereka akan turun beraksi sekali lagi kali ini bertemu Hong Kong China dan mahu pemain mengambil satu perlawanan demi satu perlawanan sambil mahu mereka kekal fokus untuk meneruskan rentak kejayaan. “Hari ini kami berjaya untuk menggunakan setiap peluang yang ada untuk menjaringkan gol dan kami memperolehi keputusan yang kami...