Celebrity Fitness mengumumkan inisiatif-inisiatif kecergasan yang bakal berlangsung di semua rangkaian kelab Celebrity Fitness seluruh Negara yang akan di buka kepada orang ramai selama dua hari berturut-turut sempena Hari Sukan Negara bermula9 Oktober hingga 10 Oktober 2015 Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Hari Sukan Negara merupakan suatu inisiatif kerajaan yang dijadikan agenda nasional sebagai langkah proaktif untuk meningkatkan kesedaran rakyat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan kekal cergas. Katanya, keraian sulung Hari Sukan Negara ini menyasarkan tiga juta rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam sambutan serentak di seluruh Negara. Selaras dengan itu, Celebrity Fitness menjemput orang ramai untuk bersama-sama...

Coca-Cola has been refreshing Malaysia for nearly 80 years and is proud to partner with Hari Sukan Negara to help build an active, healthy Malaysia. Through their Movement is Happiness initiative Coca-Cola hopes to inspire Malaysians to get moving by demonstrating that being active can be easy and fun. It is as simple as kicking a ball with your friends, flying a Wau Bulan with your kids or being the mother hen playing Galah Panjang; because of movement fuels happiness and happiness fuels movement! A Coca-Cola truck will open up to create a carnival where Malaysians from different walks of life...

AECO Technologies (M) Sdn. Bhd., Garmin Pengedar Sah di Malaysia sejak tahun 1991 telah menyatakan sokongan penuh mereka terhadap program Hari Sukan Negara yang merupakan satu inisiatif oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri gaya hidup yang sihat dan aktif. Garmin telah menjalani transformasi yang luar biasa dari peranti navigasi kereta konvensional untuk pengesan kecergasan dan berjalan. Jam tangan termasuk Vivofit 2, Vivosmart, Vivoactive, Forerunner 25 dan Forerunner 225. Peranti ini direka untuk menggalakkan dan memberi motivasi kepada pengguna untuk aktif sepanjang hari. Salah satu peristiwa penting yang dianjurkan oleh Garmin Malaysia sejajar dengan Hari Sukan Negara...

Herbalife merupakan sebuah syarikat nutrisi global yang telah mengubah kehidupan orang ramai dengan membantu mereka mencapai hidup yang sihat dan aktif serta memberikan mereka peluang untuk mencapai kejayaan dari segi kewangan.Produk kami boleh didapati secara eksklusif melalui rangkaian Ahli Herbalife Bebas yang berdedikasi di seluruh dunia. Produk-produk Herbalife dibangunkan dengan bimbingan dan panduan daripada Kepimpinan Saintifik kami yang terdiri daripada pakar-pakar dalam nutrisi dan kesihatan dari seluruh dunia, termasuk Lou Ignarro, Ph.D. – penerima Anugerah Nobel dalam Perubatan. Herbalife menitikberatkan falsafah Gaya Hidup Sihat dan Aktif dalam kalangan ahli dan pengedar bebas Herbalife.Tujuannnya ialah untuk menginspirasikan orang ramai mengamalkan gaya hidup yang...

Selaras dengan misi KFit untuk membentuk masyarakat yang cerdas dan cergas, KFit telah mengumumkan usahasama dengan Hari Sukan Negara 2015, suatu inisiatif yang dimulakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. “Hanya 30% dari rakyat Malaysia aktif bersukan. Ia satu angka yang amat mengejutkan”, kata Mellissa Lee, Pengurus Pemasaran KFit. “Dengan menggunakan alasan sebagai sibuk, mereka mengabaikan kecergasan fizikal. KFit percaya, jika kecergasan fizikal diberi keutamaan, kesemua halangan adalah alasan semata”. Sebahagian daripada rancangan untuk mencapai objektif ini adalah dengan menjadikan aktiviti kecergasan suatu aktiviti yang seronok, mudah dan berpatutan. "KFit mahu membantu mereka mengetahui minat mereka supaya mereka tidak menganggap aktiviti kecergasan...

Selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah 'Negara Sukan‘, Malaysia Airports menyokong penuh inisiatif kerajaan dalam mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Berlandaskan kepada objektif untuk memupuk kesedaran akan pentingnya menjaga kesihatan, kami di Malaysia Airports mengambil langkah untuk mewujudkan hubungan yang baik dan berkesan dikalangan pekerja dan masyarakat. Justeru, kami telah memutuskan untuk memulakan satu projek kerjasama di mana ia menggabungkan Kejohanan Bola Sepak Malaysia Airports dan program Tanggungjawab Sosial Korporat Malaysia Airports. Aktiviti yang bakal diadakan adalah Pertandingan Bola Sepak yang melibatkan empat buah sekolah rendah yang terletak berhampiran kawasan lapangan terbang (KLIA/ klia2). Tanggal 10...

Maybank menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan warga kerjanya kerana ia percaya bahawa kesihatan yang baik akan memberikan impak positif kepada kakitangan dan organisasi. Tenaga kerja yang sihat, antara lain dapat menarik lebih banyak penglibatan penuh kakitangan, mengurangkan ketidakhadiran, dan meningkatkan produktiviti kakitangan bagi mencapai kecemerlangan organisasi dan kemampanan. Maybank menggalakkan kakitangannya untuk mengambil bahagian dalam bidang sukan serta program-program Kesihatan dan Kesejahteraan sebagai sebahagian dari program holistik dalam mewujudkan tenaga kerja yang sihat. Setiap tahun, Maybank memperuntukkan bajet yang besar untuk acara sukan dan program kesihatan dan kesejahteraan buat kakitangannya. Maybank mempunyai sejarah yang panjang dalam mempromosikan sukan melalui penajaan...

Sambutan Hari Sukan Negara adalah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dengan matlamat untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat di kalangan rakyat Malaysia. Acara tahunan ini telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu kedua bulan Oktober secara tahunan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Selain menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif, sambutan Hari Sukan Negara ini juga bertujuan menyatukan rakyat Malaysia dengan penglibatan dari sektor awam, swasta dan umum dalam pelbagai acara-acara sukan yang akan dijalankan di seluruh negara. PayPal menganjurkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan sepanjang tahun untuk meningkatkan kesihatan dan...

Majlis Perlancaran Jualan Hari Sukan Negara telah diadakan di Stadium RSH Mid Valley Megamall pada Sabtu yang lepas. Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah merasmikan Jualan HariSukan Negara dengan objektif untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mempersiapkan diri bagi merancakkan lagi sambutan Hari Sukan Negara yang bakal menjelang pada 10hb Oktober 2015. RSH (Malaysia) SdnBhd turut mengambil bahagian dalam jualan ini yang akan berlangsung selama sebulan sehingga 18hb Oktober 2015. Walaupun dengan jadual yang padat, YB Khairy juga menjadi contoh dan teladan untuk menyiapkan diri beliau demi menyambut Hari Sukan Negara dengan meluangkan masa untuk membeli...

Kementerian belia dan sukan telah memulakan sebuah projek iaitu hari sukan Negara yang akan diadakan pada oktober 10, 2015 untuk mengalakkan kehidupan yang sihat dan cergas antara masyarakat Malaysia. Acara tersebut yang diadakan selaras dengan bajet 2015 untuk mentransformasikan negara kita bagi kebaikan semua, terutamanya masyarakat Malaysia biarpun di sector awam atau swasta, adalah untuk mengalakkan penglibatan diri dalam aktiviti cergas bagi mengelakkan diri dari pada sebarang penyakit yang tidak diingini serta mengukuhkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Westports Malaysia yang merupakan salah satu pelabuhan yang paling sibuk di dunia telah pun hari ini menunjukkan komitmennya sekali lagi dengan kerajaan dan...