GAYA HIDUP SEIMBANG KUNCI KEPADA KESIHATAN YANG BAIK
Mengekalkan gaya hidup yang seimbang dapat menjadi aspek penting di dalam membentuk tubuh badan dan minda yang sihat. Dan pemikiran seperti inilah yang dua perenang kebangsaan, Khoo Cai Lin dan Phee Jing En berharap dapat ditanam dalam diri semua rakyat Malaysia menerusi sambutan Hari Sukan Negara 2015 pada 10 Oktober depan. Menurut laporan The Lancet, jurnal perubatan British pada 2014, 49% wanita dan 44% lelaki di negara ini adalah dalam kategori lebih berat badan. Statistik yang cukup membimbangkan. Tetapi ia diburukkan dengan fakta bahawa Malaysia mempunyai kadar obesiti dan diabetes tertinggi di Asia Tenggara dan di kedudukan keenam di rantau Asia Pasifik...