Aizat atau Izurin pilihan utama Malaysia
Siapa pilihan utama jurulatih Jamaluddin Hassan sebagai tekong Malaysia dalam Siri Super ISTAF 2013-14, bakal ditentukan berdasarkan tahap lawan yang ditemui satu persatu. Dengan sistem pertukaran pemain yang lebih terbuka, maksimum dan fleksibel, Ahmad Aizat Mohd. Nor Azmi dan Izurin Refin pasti perlu sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan asalkan mampu memastikan kemenangan Malaysia. Hanya pengalaman antarabangsa, memisahkan mereka dengan pencapaian juara Piala EGAT di Lampang, Thailand, bulan lalu sebagai sandaran Ahmad Aizat. Izurin, tekong kidal pula menimba pendedahan dengan kelab Chonburi dan Kalasin dalam Liga Sepaktakraw Thailand (TTL), baru-baru ini selain pernah menikmati aksi Piala Raja Thai, tahun lalu. Pusingan pertama Siri Super ISTAF di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi yang bermula Khamis ini,...