Astro Media jadi rakan penaja Liga Malaysia
Astro Media telah bersetuju menjadi Penaja Bersama Liga Malaysia dengan penajaan bernilai RM220 juta bagi tempoh empat tahun. Penajaan itu meliputi hak penyiaran bernilai RM30 juta setiap tahun mulai 2011 dan tambahan RM100 bagi kegiatan promosi oleh setesen satelit berbayar itu. "Astro merupakan satu daripada bakal penaja yang membida dan kami putuskan untuk memilih mereka sebagai rakan kongsi dan rakan media dengan memberikan hak tertentu perlawanan Liga M termasuk hak penyiaran," kata Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa selepas mesyuarat khas Exco FAM, Ahad lalu, di Wisma FAM. “Bagaimanapun, ini tidak bermakna Astro Media akan menjadi penaja utama Liga dan mana-mana syarikat...