Sukan Asia 2018: Fokus Yang Tinggi Bantu Malaysian Tigers Terus Catat Kemenangan
Beraksi jam 12 tengah hari (waktu Indonesia) nyata tidak mendatangkan masalah buat Malaysian Tigers meneruskan momentum kemenangan di Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang apabila pemain berjaya mengekalkan fokus yang tinggi untuk membantu mereka memastikan rekod bersih tanpa kalah dikekalkan dan terbaru menewaskan Bangladesh, 7-0 pada aksi yang berlangsung di Padang Hoki Gelora Bung Karno, hari ini. Selepas tiga perlawanan, Malaysia telah menjaringkan 33 gol selain bolos dua dan mengumpul keseluruhan sembilan mata penuh. Semestinya pengendali negara, Stephen van Huizen adalah individu yang gembira dengan persembahan terbaik berjaya ditampilkan oleh skuad bimbingannya walaupun masih terlihat kelemahan yang perlu diperbaiki untuk memastikan pingat emas...