Sukan Asia 2018: Stephen Puas Hati Lapan Pemain Jaringkan Gol
Pengendali skuad hoki lelaki negara, Stephen Van Huizen nyata berpuas hati dengan persembahan yang telah ditampilkan oleh skuad kendaliannya selepas membelasah Kazakhstan 16-2 dalam aksi pertama kumpulan B, Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang yang berlangsung di Padang Hoki Gelora Bung Karno, hari ini. Kepuasan tersebut ditambah apabila lapan pemain berjaya meledak gol untuk aksi pertama di mana Muhammad Razie Abd Rahim muncul penjaring terbanyak dengan lima gol diikuti Faizal Saari tiga gol, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi dan Muhammad Shahril Saabah masing-masing menjaringkan dua gol sementara Faiz Helmi Jali, Meor Muhamad Azuan Hassan, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan, juga Tengku Ahmad Tajuddin...