Piala TNB 2018: Unikl Rangkul Gelaran Pertama
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) muncul juara Piala TNB selepas menewaskan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) pada aksi final hari ini sekali gus kejuaraan pertama diraih mereka sejak menyertai Liga Hoki Malaysia. UniKL meraih kemenangan menerusi penentuan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 tamat permainan sebenar dan berkongsi wang kemenangan sebanyak RM 80, 000. Pemain import, Jeroen Dolf Hertzberger muncul wira UniKL selepas tolakan penalti terakhirnya berjaya menewaskan penjaga gol KLHC, Roslan Jamaluddin. [caption id="attachment_13020" align="alignright" width="300"] Kapten KLHC, Mohamad Sukri Abdul Mutalib (kanan) cuba untuk menghalang pergerakkan kapten UniKL, Muhammad Marhan Mohd Jalil, pada perlawanan akhir Piala TNB yang berlangsung hari ini.[/caption] Separuh...