TNB Piala Tun Abdul Razak 2018: Perak, Terengganu Kekal Rekod Tanpa Kalah
Perlawanan ketiga divisyen satu, TNB Piala Tun Abdul Razak 2018 yang berlangsung hari ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil menyaksikan Perak dan Terengganu terus mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dengan Perak mencatatkan kemenangan kedua menewaskan Kuala Lumpur 3-2. Terengganu pula dilihat terus menghimpit Perak untuk berkongsi tujuh mata apabila turut mencatatkan kemenangan kedua dan dibezakan dengan jumlah jaringan selepas Terengganu menewaskan Johor 3-1 manakala satu lagi aksi divisyen satu menyaksikan Melaka berjaya menewaskan Pulau Pinang 3-2. Aksi sengit disajikan oleh Perak dan Kuala Lumpur seawal suku pertama apabila kedua-dua pasukan dilihat saling melakukan serangan mencari gol awal dan minit keempat Kuala...