: Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Dato Sri Subahan Kamal dalam satu sidang akhbar khas hari ini di Ibu Pejabat KHM mengumumkan jurulatih dari Belanda, Roelant Oltmans sebagai Ketua Jurulatih baru pasukan hoki negara berkuatkuasa hari ini. Dalam sesi itu juga, Subahan Kamal mengumumkan Ketua Jurulatih sebelum ini, Stephen van Huizen pula dilantik untuk memegang dua jawatan iaitu menjadi penolong jurulatih dan juga sebagai pengurus pasukan kebangsaan. Subahan berkata, “Ini bukan untuk menidakkan keupayaan Stephen kerana beliau telah membuktikan yang dia telah melakukan terbaik untuk pasukan kebangsaan dan saya mahu Stephen (Stephen van Huizen) kekal bersama pasukan kebangsaan selaku Pengurus dan Penolong Jurulatih kerana dia begitu kenal dengan pemain-pemain sedia...

Skuad Bawah 21 lelaki negara menamatkan siri perlawanan persahabatan pendek yang telah diatur bermula Khamis lalu dan tamat hari ini di Dalian China dengan keputusan penuh menyaksikan dua seri dan satu kekalahan dicatatkan secara keseluruhan oleh mereka. Pertemuan dengan Dalian Province menyaksikan skuad muda negara tewas 0-3 pada aksi pertama pada khamis lalu dan bangkit untuk mencatatkan keputusan seri 3-3 pada aksi kedua semalam selain keputusan yang sama 3-3 turut dicatatkan hari ini. Pada aksi kedua yang menyaksikan Malaysia mengikat Dalian Province 3-3, Muhammad Nur Asyraf Ishak menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti sementara Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal dan Muhajir Abdu...

Bagi memastikan skuad hoki remaja lelaki negara mempunyai persiapan terbaik menjelang Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2018 yang akan membuka tirai pada 6 hingga 13 Oktober ini, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini menerbangkan skuad lelaki remaja negara ke China untuk menjalani tiga perlawanan persahabatan di Dalian, China. Skuad bimbingan Nor Saiful Zaini Nasiruddin akan melalui tiga perlawanan persahabatan dalam tempoh masa yang singkat bermula esok hingga Sabtu (29 September) bertemu Dalian Province dan menurut Nor Saiful dia mahu menjadikan perlawanan persahabatan ini sebagai medan untuk membentuk keserasian antara pemain selain mengharapkan tiada kecederaan serius akan dialami pemainnya. “Pada pandangan saya perlawanan...

The Senheng Purple League is back for the 2018/19 season bigger, better and ready to take its place as Malaysia's leading badminton league. After four successive seasons, the Senheng Purple League is on a level way above the rest with the continuous support of the local and international fans, the vital sponsorship of various companies and participation of world-class players. Known for its prestigious status, the clubs competing in the Senheng Purple League have no problems securing the services of some the world’s best badminton players to represent them throughout the season. Some of the big names that have graced the Senheng Purple...

Peluang skuad hoki negara untuk sekurang-kurangnya mengutip satu mata di rentap Argentina apabila pasukan di ranking kedua dunia itu menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-60 dalam Kejohanan Hoki Terbuka Antarabangsa Darwin 2018 untuk menutup aksi di Stadium Hoki Marrara, Australia, dengan keputusan 3-2 memihak Argentina. Skuad yang dikendalikan oleh Muhammad Amin Rahim pada kejohanan ini berjaya untuk mengejutkan lawan terlebih dahulu apabila pada minit kesembilan Muhammad Haziq Samsul menjaringkan gol pembukaan menerusi gerakan padang dan minit ke-25 Haziq nyaris mengandakan jaringan buat negara namun percubaannya tidak menuju tepat ke pintu gawang lawan. Tiga minit selepas suku ketiga bermula, Argentina berjaya merubah kedudukan...

Skuad hoki lelaki negara akhirnya mencatatkan kemenangan dalam Kejohanan Hoki Terbuka Antarabangsa Darwin 2018 selepas memastikan Jepun kali ini tunduk di tangan mereka apabila membelasah lawannya itu 4-0 sekaligus menyaksikan Malaysian Tigers menamatkan aksi di Stadium Hoki Marrara Australia itu di kedudukan ketiga. Secara keseluruhannya selepas menamatkan empat perlawanan Muhammad Razie Abd Rahim dan Muhammad Haziq Samsul telah meledak tiga gol sementara Mohd Fitri Saari menjaringkan dua gol dan Muhammad Firhan Ashari, Muhammad Shahril Saabah serta Muhammad Azri Hassan masing-masing menyumbangkan satu gol untuk menjadikan keseluruhan 11 gol terhasil dalam kejohanan ini. Pengendali pasukan bagi kejohanan ini, Muhammad Amin Rahim ketika dihubungi...

The AFC02 face-off went down today to introduce all the fighters for tomorrow’s fight night at KL Gateway Mall, Kuala Lumpur earlier today. The AFC02 which is scheduled to take place tomorrow at Axiata Arena, Kuala Lumpur Sports City will showcase eleven fights including two main bouts involving our local fighters as SEA Games gold medallist, Mohd Ali Yaakub will be up first against Deok Jae Yoon (Korea). [caption id="attachment_70688" align="alignright" width="300"] Mohd Amirul Arrifin will be facing Singaporean Muay Thai superstar, Brandon Ng in tomorrow's Asia Fighting Championship (AFC02) co-main event at Axiata Arena, Bukit Jalil.[/caption] Mohd Ali said, “This is my...

Pertahanan negara, Faiz Helmi Jali menyifatkan kehilangan seorang pemain yang dilayankan kad kuning untuk tempoh 10 minit nyata memberikan kesan kepada Malaysian Tigers ketika bertemu Jepun yang berkesudahan dengan Malaysia dan Jepun diikat 3-3 pada aksi yang berlangsung di Stadium Marrara, Australia hari ini. Layangan kad kuning yang diterima oleh salah seorang pemain negara pada minit ke-39 digunakan oleh Jepun untuk mengejar kedudukan skuad negara dan kelebihan tersebut menyaksikan Jepun merapatkan kedudukan di penghujung suku ketiga. Faiz dalam pada itu juga memuji penjaga gol negara Muhammad Hafizuddin Othman yang berjaya menyekat peluang-peluang Jepun untuk terus menjaringkan gol dan berkongsi peluang untuk menjaringkan...

Aksi kedua peringkat round robin di Kejohanan Hoki Terbuka Antarabangsa Dawin 2018 yang menemukan Malaysian Tigers dan Jepun berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat 3-3 pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Marrara, Australia, hari ini. Malaysia dan Jepun kini berkongsi satu mata hanya dibezakan dengan jumlah jaringan dan skuad negara akan turun untuk perlawanan terakhir pusingan round robin pada Jumaat berdepan Argentina untuk menentukan kedudukan mereka pada pusingan tersebut sebelum turun pada perlawanan terakhir kejohanan pada Sabtu. Separuh masa pertama menyaksikan skuad negara dikejutkan dengan jaringan lawan terlebih dahulu pada minit ke-11 apabila Murata Kazuma menjaringkan gol padang namun jaringan tersebut tidak...

Penjaring gol kedua negara pada pertemuan dengan Australia di Kejohanan Hoki Terbuka Antarabangsa Darwin 2018, Muhammad Firhan Ashari menerima keputusan tewas 2-5 kepada pasukan tuan rumah pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Marrara, Australia, hari ini dan menyifatkan bukan mudah untuk bertemu dengan pasukan di kedudukan nombor satu dunia itu. Firhan juga turut melontarkan keyakinan bahawa Malaysia mampu untuk mencuri tiga mata pada pertemuan kedua esok berdepan dengan Jepun yang berada di kedudukan ranking ke-16 dunia sebelum turun pada aksi terakhir peringkat round robin menentang Argentina pada Jumaat. “Bagi saya kami menerima kekalahan 2-5 kepada Australia kerana bertemu dengan pasukan di...