Hoki Terbuka Antarabangsa Darwin: Malaysian Tigers Buka Kempen Dengan Langkah Kiri
Malaysian Tigers memulakan kempen Kejohanan Hoki Terbuka Antarabangsa Darwin 2018 bertemu dengan tuan rumah, Australia yang juga merupakan pasukan berkedudukan di ranking pertama dunia dengan kekalahan 2-5 pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Marrara, Australia, hari ini. Walaupun terpaksa menerima kekalahan pada aksi pembukaan, tetapi skuad negara wajar diberikan pujian di atas dua dol yang diledak pada separuh masa pertama dan kedua menerusi gol padang Muhammad Haziq Samsul pada minit ke-18 dan jaringan Muhammad Firhan Ashari yang berpunca daripada gerakan pukulan sudut penalti pada minit ke-54. Bagi pengendali Malaysian Tigers untuk kejohanan ini, Muhammad Amin Rahim, beliau memuji aksi pemain yang...