Skuad hoki wanita negara yang turun untuk aksi persahabatan kelima hari ini di Pusat Hoki Brisbane bertemu Queensland Academy of Sports (QAS) berjaya menutup siri jelajah yang diatur dengan cemerlang apabila mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas lawan mereka itu. Tiga gol yang terhasil pada perlawanan hari ini adalah hasil jaringan Nuraini Rashid yang meledak dua gol menerusi pukulan sudut penalti dan pukulan stroke selain Raja Norsharina Raja Shabuddin menjaringkan satu gol pukulan sudut penalti dan secara keseluruhan Malaysian Tigress menutup siri jelajah dengan tiga kemenangan dan dua keputusan seri. Pengendali negara, Muhammad Dharmaraj Abdullah ketika dihubungi menjelaskan ada peningkatan yang ditunjukkan oleh...

Malaysian Tigress terus cemerlang mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut menewaskan Queensland Academy of Sports (QAS) 2-1 pada aksi yang berlangsung di Pusat Hoki Brisbane sementara Malaysian Tigers dilihat masih lagi mencari fomular terbaik untuk memecahkan kebuntuan kemenangan apabila tewas kepada Australia A, 0-3 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Perth. Walaupun skuad wanita ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama, kebangkitan yang ditunjukkan Malaysian Tigress menghadiahkan kemenangan kedua skuad wanita negara hasil gol pukulan sudut penalti Nuraini Rashid dan beberapa saat sebelum masa sebenar perlawanan berakhir, Kirandeep Kaur menyempurnakan pukulan sudut penalti selepas penjaga gol lawan gagal untuk mengeluarkan bola daripada kawasan...

Motto “HardworkBeatsTalent” yang menjadi pegangan Christopher Raj, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat perhubungan awam sukan tempatan dan antarabangsa, ShekhinahPR Sdn Bhd sekali lagi menghadirkan sebuah kejayaan bermakna kepada beliau. Berlangsung di Hotel Hilton semalam, Christopher Raj telah dinobatkan sebagai “Emerging Entrepreneur Of The Year” daripada Global Leadership Awards (GLA) 2018 dalam satu majlis penuh berprestij di hotel itu. [caption id="attachment_54952" align="alignleft" width="300"] Christopher Raj (dua dari kanan) yang memenangi anugerah "Emerging Entrepreneur Of The Year" bergambar bersama Datuk Azis Jamman, Timbalan Menteri Dalam Negeri (dua dari kiri), Shahul Hameed Shaik Dawood (paling kiri) selaku Pengerusi GLA 2018, dan Arthur Carmazzi (paling kanan)...

Skuad hoki wanita negara yang turun untuk siri perlawanan persahabatan ketiga bertemu Queensland Academy of Sport (QAS) di Pusat Hoki Brisbane hari ini akhirnya menemui sentuhan kejayaan apabila menewaskan lawan mereka 3-1. Tiga gol negara kesemuanya berpunca daripada pukulan sudut penalti dimana dua gol dijaringkan oleh Nuraini Rashid dan satu lagi hasil gol Hanis Nadia Onn. Berdasarkan statistik perlawanan hari ini, Malaysian Tigress memperolehi 10 pukulan sudut penalti dan menjaringkan tiga daripadanya sementara QAS dihadiahkan dengan enam pukulan sudut penalti dan satu daripadanya diterjemahkan kepada gol. Pengendali negara Muhammad Dharmaraj Abdullah ketika dihubungi selepas tamat perlawanan nyata berpuas hati selepas anak-anak buahnya...

adidas Football has today launched the latest colourway for the X18+, a boot designed to unleash the speed of the game’s most dangerous players. Released as part of the Team Mode pack - alongside Predator, NEMEZIZ and COPA silos – the boot comes in a striking yellow, black and blue colourway. [caption id="attachment_54926" align="alignright" width="200"] The new Team Mode X18+ is designed to provide stability and support at high speed. The boot's key features include CLAW COLLAR, SKELETAL WEAVE, SPEEDMESH, SPEEDFRAME, and 3D MOULDED HEEL.[/caption] The X18+ is designed to provide stability and support at high speed. A laceless upper locks down...

Impian skuad hoki negara untuk mencari kemenangan pertama dalam siri perlawanan persahabatan di Australia masih belum kesampaian apabila terpaksa berhadapan satu lagi kekalahan 2-3 ketika bertemu Australia A pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Perth, hari ini. Walaupun Malaysian Tigers berjaya meninggalkan lawan mereka 2-0 pada separuh masa pertama hasil gol padang Faizal Saari pada minit keempat dan Muhammad Shahril Saabah pada minit ke-19, namun Australia A bangkit di separuh masa kedua dengan tiga gol (m’38, m’43 dan m’44) untuk meragut harapan skuad negara mencari kemenangan pertama. Jurulatih kebangsaan, Stephen van Huizen melihat ada peningkatan yang telah ditunjukkan oleh pemain-pemainnya untuk...

Skuad hoki wanita negara hari ini memulakan siri perlawanan persahabatan pertama mereka dengan mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Queensland Academy of Sports (QAS) di Pusat Hoki Brisbane. Jaringan kedua-dua pasukan tercetus pada suku terakhir perlawanan dan Nuraslinda Said merupakan penyumbang tunggal skuad negara untuk aksi hari ini. Pengendali negara, Muhammad Dharmaraj Abdullah menyatakan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi sama rata, walau bagaimanapun dia kurang gembira apabila kelebihan pukulan sudut penalti dan peluang untuk meledak gol menerusi jaringan padang tidak berjaya disempurnakan dengan sebaiknya. “Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi sama rata tetapi kami tidak menggunakan peluang yang terhidang untuk menjaringkan gol sama ada menerusi gerakan padang...

Skuad hoki lelaki dan wanita negara akan menjalani sesi persediaan terakhir sebelum ke Sukan Asia 2018 di Indonesia yang akan membuka tirai pada 18 Ogos ini dengan mengadakan perlawanan persahabatan di Australia bagi memastikan misi untuk menaiki podium pada kejohanan yang berlangsung empat tahun sekali itu berjaya dilaksanakan. Skuad wanita akan berada di Brisbane dari 21 hingga 29 Julai 2018 dan bakal menjalani lima perlawanan persahabatan menentang Queensland Academy of Sports (QAS) yang dijadualkan berlangsung di Pusat Hoki Brisbane. Kapten pasukan wanita negara, Siti Noor Amarina Ruhani mahu beberapa kelemahan pasukan yang telah dikenalpasti selepas tamat Kejohanan Hoki Siri Terbuka Singapura 2018,...

Despite what the critics say, Datuk Lee Chong Wei deserves to be called the ‘Greatest of all time’ - ‘GOAT’ - after his heroics in capturing a 12th Malaysia Open title against Japan’s Kento Momota during the Celcom Axiata Malaysia Open 2018 (CAMO2018) final yesterday. Facing an opponent 12 years his junior, Chong Wei overcame a stiff test in the second set before prevailing 21-17 23 - 21 in 70 minutes. The 35-year old did not drop a single set throughout this edition to continue his dominance in Malaysia’s premier badminton tournament since 2004, only being denied three times in 15 years...

Kemenangan 6-0 menewaskan Thailand dalam perlawanan akhir pusingan pertama Kejohanan Hoki Siri Terbuka Singapura 2018 (Wanita) yang berlangsung hari in di Pusat Sukan Seng Kang, Singapura menjulang Malaysian Tigress selaku juara selain mereka turut merekodkan enam perlawanan tanpa kekalahan. Kegembiraan kem negara terus bertambah apabila Nuraini Abd Rashid muncul selaku penjaring terbanyak kejohanan dengan meledak sembilan gol menerusi dua gol padang dan tujuh pukulan sudut penalti dan Nuraini juga turut menerima anugerah selaku Pemain Terbaik Kejohanan. Skuad negara tidak menunggu lama untuk membuka akaun jaringan apabila seawal minit kedua Fatin Shafika Md Shukri memastikan kelebihan pukulan sudut penalti yang diterima tidak di...