PSAS 2018: Malaysian Tigers Tewas Melawan
Semangat melawan yang tinggi ditampilkan oleh Malaysian Tigers nyata tidak mencukupi apabila menamatkan kempen Piala Sultan Azlan Shah 2018 di kedudukan keempat selepas tewas 2-3 pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat yang berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak, hari ini. Selepas mencatatkan dua kemenangan dan tiga kekalahan dalam peringkat round robin Malaysia yang tewas 2-7 kepada England pada perlawanan kelima semalam terlepas peluang terbaik untuk melangkah ke perlawanan akhir selepas kali terakhir membuat penampilan di pentas final pada 2014. Skuad negara terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan lawan mereka seawal minit pertama perlawanan apabila keadaan kelam kabut di pintu...