09 Oct Ibu Bapa Puji Langkah Zurich Sebarkan Tabiat Pemakanan Yang Betul Menerusi Kejohanan Bola Sepak “Eat Right To Play Right
Melaka, 8 Oktober 2018 – Edisi kedua Kejohanan
“Eat Right To Play Right” (ERTPR) 2018 anjuran syarikat insurans terkemuka, Zurich Malaysia yang berlangsung di Padang 10, Pusat Sukan Hang Jebat, Melaka pada 29 dan 30 September lepas terus memberikan peluang buat pemain muda menunjukkan bakat serta kebolehan mereka di atas padang.
Seperti pertandingan lain di peringkat remaja, ibu bapa dan ahli keluarga pemain muda turut tidak melepaskan peluang bagi menunjukkan sokongan kepada seseorang pemain dan juga untuk pasukan masing-masing. Istimewanya dalam kejohanan ERTPR, mereka juga berpeluang untuk mengetahui lebih mendalam tentang kaedah pengambilan makanan yang betul.
Che Ahmawati Ahmad, ibu kepada seorang pemain yang beraksi dalam kategori Bawah-12 ERTPR mengakui sangat bertuah kerana bukan sahaja dapat menyaksikan anaknya beraksi tetapi kejohanan ini juga memberikan didikan mengenai tabiat pengambilan makanan yang betul kepada anaknya.
Dia berkata, “Sebagai seorang ibu, saya hanya mengutamakan dan memberi tumpuan kepada tubuh, minda dan jiwa anak-anak saya. Kejohanan ERTPR ini telah membuka mata kita kerana ia membolehkan para peserta belajar sambil berseronok pada masa yang sama.”
“Tabiat pemakanan yang betul adalah penting untuk setiap atlet tidak kira berapa usia dan cara terbaik untuk mendidik mereka adalah bermula sejak mereka muda. Saya berharap usaha oleh Zurich untuk komuniti ini dan semua orang yang terlibat akan terus berkembang untuk tahun-tahun akan datang, “tambah Che.
Keputusan pertandingan menyaksikan kategori B-14, SMK Seri Pengkalan mengalahkan HMFC Johor 1-0 di final manakala Inspire One Goal mendominasi kategori B-12 dan juga B-10. Bagi kategori B12, mereka mengatasi Sinar FC 3-0 dan menang ke atas RJ FC 4-0 dalam kategori B-10. Kiddo Kickers A pula mengakhiri saingan sebagai juara kategori B-8 dengan kemenangan 3-1 ke atas Sinar FC.
Encik Charlie Chai, Ketua Jenama & Komunikasi Pemasaran, Zurich Insurance & Takaful Malaysia juga berada di venue sepanjang kejohanan berlangsung. Beliau juga menyampaikan hadiah kepada semua pemenang setiap kategori.
Selepas edisi di Melaka, Eat Right To Play Right akan menjelajah ke negeri lain iaitu Pahang, Sarawak, Selangor dan Kuala Lumpur (Grand Final) bagi terus menyebarkan amalan gaya pemakanan yang betul kepada pemain cilik. Pemenang setiap kategori menuju ke Grand Finals yang dijadualkan pada bulan Disember ini di Kuala Lumpur.
Eat Right To Play Right adalah program komuniti bersepadu Zurich Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2016 dengan kerjasama organisasi tempatan bukan kerajaan, One Goal Malaysia untuk menangani isu-isu malnutrisi kanak-kanak dengan mendidik mereka mengenai kepentingan pemakanan serta pengambilan pemakanan yang sihat. Program yang juga menggalakkan aktiviti berbentuk fizikal dan kesukanan yang baik menggunakan generasi akar umbi dalam sukan bola sepak sebagai platform. Ia dibiayai oleh geran Z Zurich Foundation.
No Comments