Malaysia Airports menyokong Hari Sukan Negara 2015 melalui penganjuran ‘Kejohanan Bola Sepak Malaysia Airports 2015

Selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah ‘Negara Sukan‘, Malaysia Airports menyokong penuh inisiatif kerajaan dalam mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berlandaskan kepada objektif untuk memupuk kesedaran akan pentingnya menjaga kesihatan, kami di Malaysia Airports mengambil langkah untuk mewujudkan hubungan yang baik dan berkesan dikalangan pekerja dan masyarakat. Justeru, kami telah memutuskan untuk memulakan satu projek kerjasama di mana ia menggabungkan Kejohanan Bola Sepak Malaysia Airports dan program Tanggungjawab Sosial Korporat Malaysia Airports. Aktiviti yang bakal diadakan adalah Pertandingan Bola Sepak yang melibatkan empat buah sekolah rendah yang terletak berhampiran kawasan lapangan terbang (KLIA/ klia2).

Tanggal 10 Oktober 2015 dipilih sebagai tarikh Hari Sukan Negara 2015 dan aktiviti ini turut diadakan pada tarikh tersebut sepanjang hari bertempat di Padang Bola Sepak, Pejabat Korporat Malaysia Airports. Dijangkakan seramai 150 orang akan terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan pelaksanaan aktiviti ini dijalankan dengan lancar dan berjaya. Kami juga turut menggalakkan para sukarelawan dari Malaysia Airports sendiri khususnya dari Kelab Sukan Malaysia Airports (KESUMA).
Kami percaya dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak positif kepada rakyat Malaysia khususnya kepada anak-anak muda dari sekolah-sekolah yang terlibat.

No Comments

Post A Comment