18 Jul Persediaan Sukan Asia 2018: Malaysian Tigers dan Tigress Jalani Aksi Persahabatan di Australia
Skuad hoki lelaki dan wanita negara akan menjalani sesi persediaan terakhir sebelum ke Sukan Asia 2018 di Indonesia yang akan membuka tirai pada 18 Ogos ini dengan mengadakan perlawanan persahabatan di Australia bagi memastikan misi untuk menaiki podium pada kejohanan yang berlangsung empat tahun sekali itu berjaya dilaksanakan.
Skuad wanita akan berada di Brisbane dari 21 hingga 29 Julai 2018 dan bakal menjalani lima perlawanan persahabatan menentang Queensland Academy of Sports (QAS) yang dijadualkan berlangsung di Pusat Hoki Brisbane.
Kapten pasukan wanita negara, Siti Noor Amarina Ruhani mahu beberapa kelemahan pasukan yang telah dikenalpasti selepas tamat Kejohanan Hoki Siri Terbuka Singapura 2018, baru-baru ini diperbaiki dengan sebaiknya ketika menjalani lima perlawanan persahabatan tersebut.
“Kami telah mengenalpasti beberapa kelemahan seperti dari segi serangan balas, menyudahkan pukulan sudut penalti terus dan cara untuk mengawal keadaan ketika kami dalam situasi kekurangan pemain.
“Kelemahan-kelemahan tersebut saya harap dapat diperbaiki dengan sebaiknya ketika di Brisbane dan secara tidak langsung juga aksi persahabatan tersebut kami perlu menggunakan dengan sepenuhnya sebagai persiapan untuk memantapkan pasukan menjelang Sukan Asia 2018,” jelas Amarina ketika dihubungi.
Sementara itu skuad lelaki yang akan ke Perth dari 22 Julai hingga 2 Ogos 2018 turut akan mengharungi lima perlawanan persahabatan menentang pasukan Australia dan aksi mereka dijadualkan berlangsung di Curtin University Campus yang juga merupakan Institut Sukan Australia (AIS).
Berikut merupakan senarai penuh 20 pemain skuad lelaki dan wanita yang akan menyertai siri perlawanan persahabatan di Australia.
Malaysian Tigers:
- Kumar Subramaniam
- Muhammad Hairi Bin Abd Rahman
- Mohamad Sukri Bin Abdul Mutalib
- Muhammad Razie Bin Abd Rahim
- Syed Mohamad Syafiq Bin Syed Cholan
- Faiz Helmi Bin Jali
- Muhammad Azri Bin Hassan
- Meor Muhamad Azuan Bin Hassan
- Muhammad Marhan Bin Jalil
- Joel Samuel Van Huizen
- Mohd Fitri Bin Saari
- Nabil Fiqri Bin Mohd Noor
- Muhammad Amirol Aideed Bin Mohd Arshad
- Tengku Ahmad Tajuddin Bin Tengku Abdul Jalil
- Faizal Bin Saari
- Nik Muhammad Aiman Bin Nik Rozemi
- Muhammad Firhan Bin Ashari
- Norsyafiq Bin Sumantri
- Muhammad Shahril Bin Saabah
- Muhamad Ramadan Bin Rosli
Malaysian Tigress:
- Farah Ayuni Bt Yahya
- Mas Huzaimah Bt Md Aziz
- Siti Noor Amarina Bt Ruhani
- Juliani Bt Mohamad Din
- Raja Norsharina Bt Raja Shabuddin
- Nuraini Bt Abd Rashid
- Surizan Bt Awang Noh
- Wan Norfaiezah Bt Md Saiuti
- Fatin Shafika Bt Md Shukri
- Hanis Nadia Bt Onn
- Nuraslinda Bt Said
- Nur Syafiqah Bt Mohd Zain
- Fazilla Sylvester Silin
- Nurul Syafiqa Bt Mat Isa
- Nur Zafirah Bt Aziz
- Nur Maizatulhanim Syafi Bt Sheik Fuad
- Kirandeep Kaur a/p Gurdip Singh
- Nor Asfarina Isahyifiqa Binti Isahhidun
- Norazlin Binti Sumantri
- Noor Hasliza Binti Md Ali
Jadual perlawanan skuad wanita bertemu Queensland Academy of Sports (QAS)
Isnin 23 Julai Perlawanan 1- 5.00 petang (Waktu Malaysia)
Selasa 24 Julai Perlawanan 2- 3.30 petang (Waktu Malaysia)
Khamis 26 Julai Perlawanan 3- 3.30 petang (Waktu Malaysia)
Jumaat 27 Julai Perlawanan 4- 3.00 petang (Waktu Malaysia)
Ahad 29 Julai Perlawanan 5- 1.00 petang (Waktu Malaysia)
Jadual perlawanan skuad lelaki bertemu pasukan Australia.
Selasa 24 Julai Perlawanan 1- 2.30 petang (Waktu Malaysia)
Rabu 25 Julai Perlawanan 2- 11.30 pagi (Waktu Malaysia)
Jumaat 27 Julai Perlawanan 3- 12.30 tengah hari (Waktu Malaysia)
Isnin 30 Julai Perlawanan 4- 1.30 petang (Waktu Malaysia)
Rabu 1 Ogos Perlawanan 5- 10.00 pagi (Waktu Malaysia)
Berikut merupakan butiran penerbangan pergi dan balik bagi skuad lelaki dan wanita ke Austalia.
Skuad Wanita:
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Perlepasan: 20 Julai 2018 – OD157M, 6.05petang
Ketibaan: 30 Julai 2018 – OD158T, 3.45petang
Skuad Lelaki:
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Perlepasan: 21 Julai 2018 – OD155K, 6.45petang
Ketibaan: 2 Ogos 2018 – OD152X, 8.55malam
No Comments