Malaysian Tigers Tutup Siri Ujian Dengan Kemenangan
Skuad hoki negara akhirnya berjaya untuk mencatatkan kemenangan dalam siri ujian yang diatur bertemu New Zealand di mana pertemuan terakhir hari ini menyaksikan skuad bimbingan Roelant Oltmans menundukkan The Black Sticks 4-2 pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Malaysia membuka tirai jaringan seawal minit kedua apabila dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti dan pakar pukulan sudut penalti negara, Muhammad Razie Abd Rahim akhirnya berjaya menemui rentak dengan menjaringkan gol menerusi flik terus. Bagaimanapun New Zealand bangkit mengikat kedudukan pada minit ke-10 selepas mereka yang turut dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti meledak jaringan menerusi Kane Russell dan empat minit sebelum...