Malaysia muncul juara saingan eRacing GP Kejuaraan eSports Asia Tenggara (SEAEC)
Malaysia berjaya mendominasi perlumbaan simulator yang diadakan buat julung kalinya pada Kejuaraan eSports Asia Tenggara (SEAEC) yang berlangsung semalam apabila wakil negara mengungguli saingan individu dan juga berpasukan. Dalam saingan individu, wakil negara Naquib Azlan mendahului seawal perlumbaan pertama. Beliau diberi cabaran hebat dari wakil Filipina, Inigo Anton yang berada di tempat kedua manakala adik Naquib iaitu Nabil berada di tempat ketiga. [caption id="attachment_177223" align="alignright" width="300"] Naquib dan Nabil sekali lagi melakar kejayaan penamat satu dua selepas cemerlang mengatasi lawan mereka[/caption] Walaubagaimanapun, tuah memihak kepada pasangan adik beradik itu apabila Anton mengalami masalah tayar dan memaksanya ketinggalan jauh apabila dipintas oleh Nabil dan...