Tiga venue jadi singgahan Angka Tour di hari pertama
Angka Tour anjuran Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia (MESA) yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada atlet kebangsaan disamping memupuk minat masyarakat terhadap sukan papan selaju memulakan tirainya hari ini dengan tiga lokasi menjadi “gelanggang” aksi mereka. Kehadiran pemain papan selaju terkemuka dunia seperti Arto Saari, Jack Curtin, Davis Torgerson, Margie Didal, Tom Karangelov, dan Jasper Dohrs disamping atlet-atlet papan selaju kebangsaan membolehkan Angka Tour mendapat tumpuan peminat pelbagai usia dan jantina hadir menyertai mereka. [caption id="attachment_22252" align="alignleft" width="200"] Pemain papan selaju profesional, Arto Saari menunjukkan kemahirannya di hari pertama Angka Tour, sebentar tadi.[/caption] Lebih kurang seratus pemain papan selaju menyertai bengkel dan demonstrasi papan...