Kita kini berada di penghujung tahun 2020. Sudah tiba masa untuk MSN, KBS dan persatuan-persatuan sukan yang lain berbincang untuk mengadakan pertandingan bagi sukan masing-masing. Sampai bila atlit hanya sekadar menjalani latihan, sparring sesama sendiri tanpa perlu beraksi dengan lebih kompetitif. Mahu tak mahu, kita perlu terima hakikat bahawa COVID-19 berada di dalam komuniti. Kita cuma perlu patuh kepada SOP dan amalkan kebersihan diri. Malah DG Tan Sri Hisham juga mengakui virus tersebut sudah berada di dalam komuniti dan perlu hidup bersamanya. Sampai bila kita mahu berada di dalam denial situation dengan izin. Industri sukan perlu bergerak ke hadapan. Negara-negara lain telah...