KUALA LUMPUR (20 April 2020): Selepas kejayaan penganjuran eRacing GP Southeast Asia (eRGP SEA) Global Edition yang turut menyaksikan ramai pelumba litar sebenar berentap dengan pelumba simulator, Axle Motorsport mengambil langkah memastikan eRacing terus berada pada kelasnya tersendiri. Edisi kali ini yang dikenali sebagai Causeway Edition, akan menyaksikan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) tampil bekerjasama dengan Axle Motorspots bagi meneruskan kesinambungan kejayaan penganjuran ‘Lock Down Edition’ dimana ratusan pelumba seluruh Malaysia dan Singapura beradu kepakaran lumba simulator menerusi platform RaceRoom. Presiden Persatuan Permotoran Malaysia (MAM), Tan Sri Mokhzani Mahathir amat teruja dengan penganjuran eRGP Causeway Edition. “Ia adalah langkah yang bagus oleh pihak yang menganjurkan...