Impian skuad negara untuk terus mencatat kemenangan pada perlawanan keempat Piala Sultan Azlan Shah 2018 tidak berkesampaian apabila tewas 1-5 kepada India dalam aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah Ipoh Perak, hari ini. Selepas megharungi empat perlawanan Malaysia mencatatkan dua kemenangan serta dua kekalahan yang meletakkan mereka kini di kedudukan ketiga dengan enam mata keseluruhan dan perlu mencatatkan kemenangan pada perlawanan terakhir menentang England pada Jumaat untuk terus berada dikedudukan tiga terbaik. Malaysia melakukan percubaan awal untuk merobek gawang India menerusi larian solo Faizal Saari pada minit ketujuh dan Faizal yang dilihat berada pada kedudukan yang sukar melakukan percubaan...

Status Argentina selaku pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016 nyata tidak menggentarkan Malaysian Tigers apabila berjaya menumbangkan pasukan yang berada di ranking kedua dunia itu 2-1 pada aksi ketiga Piala Sultan Azlan Shah 2018 yang berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah Ipoh Perak, hari ini. Kejayaan mengutip tiga mata pada malam ini meletakkan anak-anak buah Stephen van Huizen semakin dekat untuk mengejar dua kedudukan teratas apabila kini berkongsi kedudukan kedua bersama Argentina selepas mengumpul enam mata. Malaysia mempunyai peluang terbaik untuk terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit kelima namun hantaran kapten pasukan, Razie Rahim mencari Tengku Ahmad Tajuddin Tengku...

Menjelang perlawanan ketiga, Piala Sultan Azlan Shah 2018 menentang Argentina esok, penjaga gol negara, Mohammad Hairi Abd Rahman menyifatkan pukulan sudut penalti merupakan kelebihan buat seterunya itu dan mahu Malaysian Tigers lebih berhati-hati agar tidak memberikan pukulan sudut penalti kepada mereka pada perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Sultan Azlan Shah Ipoh Perak. Bagaimanapun Hairi yang ditemui selepas sesi latihan ringan hari ini menyedari pelbagai perkara boleh berlaku ketika perlawanan termasuk memberikan pukulan sudut penalti kepada pihak lawan dan sekiranya itu berlaku pada pertemuan dengan Argentina, kepekaan serta stategi yang baik mampu untuk menyekat pasukan yang berada di ranking kedua dunia...

Pasukan Blue Warriors berjaya menjuarai Piala Vivian May Soars apabila menang dalam penentuan penalti shoot-out setelah mereka terikat seri 2-2 dalam masa penuh perlawanan ketika menentang PKS Uniten- KPT di Padang 2, Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil tadi. Seperti dijangka, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi sengit untuk memburu gol pendahuluan. Apapun, PKS Uniten- KPT berjaya berada di depan 1-0 menerusi penyudah Raja Norsharina Raja Shabuddin hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-7. [caption id="attachment_16809" align="alignright" width="300"] Pemain TLHT, Norazlin Sumantri (empat dari kiri) mengawal bola dalam perlawanan penentuan ke-3/4 Piala Vivian May Soars 2018 sebentar tadi. Norazlin menjaringkan dua gol untuk membantu pasukannya...

Skuad Malaysian Tigers terpaksa melupakan khidmat empat pemain kebangsaan pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2018 yang akan membuka tirai bermula 3 hingga 10 Mac 2018 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah Ipoh Perak, ekoran kecederaan yang dialami oleh mereka. Kapten negara, Muhammad Sukri Abdul Mutalib terpaksa melupakan kejohanan tersebut ekoran kecederaan hamstring sementara Muhammad Ramadan Rosli mengalami kecederaan bahagian belakang dan baru tamat sesi pemulihan serta masih belum cergas sepenuhnya untuk beraksi di kejohanan kompetitif. Turut tidak berada di dalam senarai Mohamad Izad Hakimi Jamaluddin yang mengalami kecederaan lutut ketika beraksi di kejohanan TNB Liga Hoki Malaysia baru-baru ini dan...

Setelah berjaya merangkul gelaran juara dalam Liga Hoki Wanita baru-baru ini, pasukan PKS Uniten- KPT turun garang dalam separuh akhir Piala Vivian May Soars dengan membelasah KL Wipers 11-2 di Padang 2, Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil tadi, sekaligus menempah tempat di final. Biarpun perlawanan terpaksa ditangguhkan ketika ia baru sahaja bermula atas faktor cuaca, namun ia bukan masalah buat PKS Uniten- KPT yang mendominasi sepenuhnya perlawanan tersebut. [caption id="attachment_16020" align="alignleft" width="300"] Pemain Blue Warriors, Norbaini Hashim (depan) mengawal bola daripada dirampas pemain TLHT dalam separuh akhir Piala Vivian May Soars 2018 tadi. Perlawanan berkesudahan Blue Warriors ke final dengan kemenangan 1-0.[/caption] Nuraini...

UITM-KPT  berjaya memutlakkan kemenangan Piala Presiden 2018 menewaskan Politeknik-KPT, 4-2 menerusi penentuan penalti shoot-out apabila aksi sebenar tamat dengan keputusan seri, 1-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini. UITM-KPT dan Politeknik-KPT berkongsi wang kemenangan sebanyak RM 25, 000 setiap pasukan selepas perlawanan sebenar tamat dengan keputusan seri. [caption id="attachment_15613" align="alignleft" width="300"] Pergerakkan pemain UITM-KPT, Mohd Khairul Ikhwan Mohd Shabudin (tengah) cuba untuk disekat oelh dua pemain Politeknik-KPT, Mohd HanipChe Halim (kanan) dan Mohd Faizul Syafiq bin Salleh (kiri) pada perlawanan akhir Piala President yang menyaksikan UITM-KPT muncul juara bagi musim 2018.[/caption] Kecemerlangan empat pemain UITM-KPT, Muhammad...

UITM-KPT dan Politeknik-KPT bakal membuat perhitungan terakhir bagi merebut Piala Presiden 2018 selepas kedua-dua pasukan cemerlang menewaskan lawan masing-masing dalam aksi separuh akhir yang berlangsung hari ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. UITM-KPT melangkah ke perlawanan akhir selepas menewaskan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 3-2 sementara Politeknik-KPT beraksi di pentas final selepas mengecewakan Kedah Hockey Team-NI 3-1. [caption id="attachment_14877" align="alignleft" width="300"] Pemain UITM-KPT, Muhammad Shahfirul Aqmal Mohd Saiful (kanan) meledak gol kedua UITM-KPT cuba untuk dicabar oleh pemain MBI, Muhammad Fahmi Khalid, pada aksi separuh akhir yang memihak kepada UITM-KPT 3-2.[/caption] Terdahulu dalam perlawanan yang menemukan UITM-KPT dan MBI menyaksiakn usaha UITM-KPT dan...

Keunggulan UITM-KPT yang membenam cabaran MBPJ Tigers 7-1 membuka laluan mereka ke saingan separuh akhir Piala Presiden 2018 dan akan bertemu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang turut menidakkan cabaran SSTMI apabila menewaskan lawan mereka itu 4-3. Turut melangkah ke perlawanan separuh akhir ialah Kedah Hockey Team-NI yang cemerlang membelasah Penang Hockey Club 9-4 di mana mereka bakal bertemu Politeknik-KPT yang menidakkan cabaran BJSS, 3-2. [caption id="attachment_14321" align="alignleft" width="300"] Penjaga gol Politeknik-KPT, Muhamad Izwan Mohd Moktar (kiri) cuba untuk menghalang pemain BJSS, Muhammad Ramadan Ariffin daripada melakukan percubaan jaringan dalam aksi yang menyaksikan Politeknik bangkit mencari kemenangan 3-2.[/caption] UITM berjaya untuk memecah kebuntuan jaringan...

UITM-KPT muncul selaku juara bagi divisyen satu, TNB Liga Hoki Malaysia 2018 selepas menidakkan cabaran Politeknik-KPT, 3-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung hari ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. [caption id="attachment_13016" align="alignright" width="300"] Kapten Kedah Hockey Team-NI, Mohd Fahmi Nasir (kanan) cuba untuk dicabar oleh pemain SSTMI, Muhammad Zamir bin Shamsuni pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat yang menyaksikan Kedah Hockey Team-NI muncul pemenang tempat ketiga.[/caption] Selaku juara, UITM-KPT membawa pulang wang tunai RM 30,000 dan medal sementara selaku naib juara Politeknik-KPT membawa pulang wang tunai RM 20,000 beserta medal dan Kedah Hockey Team-NI yang berada di tempat ketiga membawa...