5 SEBAB PERLU MENONTON PERLAWANAN LIVERPOOL MENENTANG MALAYSIA XI
Kedatangan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool ke Malaysia hujung bulan ini telah mendapat pelbagai maklum balas termasuk dari luar negara. Ada yang mengatakan perlawanan ini hanya sesuatu yang sia-sia dan digelar ‘sarkas’ namun disebalik kecaman-kecaman sebegini, perlawanan sebegini sebenarnya masih mendapat perhatian ramai dari peminat-peminat bolasepak khususnya di Malaysia. Bagi para penyokong Liverpool di Malaysia mahupun peminat bolasepak tempatan, ada 5 perkara mengapa kedatangan The Reds ke Malaysia ini sentiasa ditunggu-tunggu. 1) Peluang menyaksikan barisan pemain baru Liverpool beraksi. Liverpool telah melakukan banyak transaksi pembelian demi memantapkan pasukan pada musim baru ini. Kehilangan ketua pasukan berkarisma, Steven Gerrard pastinya menjadi satu kehilangan...