: Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Dato Sri Subahan Kamal dalam satu sidang akhbar khas hari ini di Ibu Pejabat KHM mengumumkan jurulatih dari Belanda, Roelant Oltmans sebagai Ketua Jurulatih baru pasukan hoki negara berkuatkuasa hari ini. Dalam sesi itu juga, Subahan Kamal mengumumkan Ketua Jurulatih sebelum ini, Stephen van Huizen pula dilantik untuk memegang dua jawatan iaitu menjadi penolong jurulatih dan juga sebagai pengurus pasukan kebangsaan. Subahan berkata, “Ini bukan untuk menidakkan keupayaan Stephen kerana beliau telah membuktikan yang dia telah melakukan terbaik untuk pasukan kebangsaan dan saya mahu Stephen (Stephen van Huizen) kekal bersama pasukan kebangsaan selaku Pengurus dan Penolong Jurulatih kerana dia begitu kenal dengan pemain-pemain sedia...