Industri sukan terus diabaikan. Sejak PKP 3.0 dilaksanakan, rakyat Malaysia yang mengusahakan padang, gelanggang, pusat sukan dan gimnasium terus diabaikan. Pendek kata, tutup kedai. Sukan bukan saja tertumpu kepada atlet profesional. Ia melibatkan juga para pekerja pusat sukan, jurulatih, instructor gimnasium, jurugambar dan ramai lagi. Sejak Total Lockdown dilaksanakan, jumlah kes positif yang disumbangkan sebahagian besar adalah daripada kluster tempat kerja. Hanya beberapa peratus saja melibatkan kluster komuniti apatah lagi kluster yang melibatkan sukan. Negara jiran, Thailand sekarang menjadi tuan rumah #ACL2021 dan sedang berlangsung dengan jayanya menggunakan model sports bubble. Malah, kita ada wakil negara yang bermain di sana. Kita pernah membuka sektor...