Kapten pasukan kebangsaan wanita, Siti Noor Amarina Ruhani menyifatkan tiada istilah lawan mudah atau sikap ambil mudah ketika turun beraksi di pusingan pertama Kejohanan Hoki Siri Terbuka Singapura 2018 yang akan berlangsung di Pusat Sukan Seng Kang, Singapura pada 23 Jun hingga 1 Julai ini. Pusingan pertama yang akan menemukan Malaysia dengan tuan rumah Singapura, Thailand, Indonesia, Hong Kong dan Kazakhstan tetap dipandang bukan lawan yang mudah dan Malaysian Tigress berazam untuk terus meningkatkan mutu permainan mereka sehingga dinobatkan selaku juara bagi kejohanan pusingan pertama. “Apabila kami kembali menjalani latihan persediaan untuk kejohanan ini, coach telah berkali-kali mengingatkan kesemua pemain bahawa tiada...