Walaupun masih mempunyai baki satu perlawanan dalam aksi round robin, pusingan pertama Kejohanan Hoki Terbuka Singapura 2018 (Wanita), skuad hoki wanita negara telah berjaya memastikan tempat mereka di pentas final selepas menewaskan Thailand 4-0 dalam aksi keempat yang berlangsung hari ini di Pusat Sukan Seng Kang, Singapura. Kejayaan mencatatkan rekod bersih empat kemenangan dengan mengumpul 12 mata serta telah meledak 40 gol sudah cukup untuk memastikan Malaysian Tigress mengisi slot beraksi di final dan pengendali negara, Muhammad Dharmaraj Abdullah nyata puas apabila skuad bimbingannya mara ke final ketika masih mempunyai baki satu perlawanan. Dharmaraj juga turut memuji anak-anak buahnya yang langsung tidak...