Kejohanan Trofi Juaa-Juara Asia (Wanita) 2018 di Donghae Korea Selatan telah melaburkan tirai dengan menyaksikan skuad wanita memperbaiki kedudukan 2016 apabila menamatkan saingan di kedudukan keempat malah lebih manis apabila penjaga gol Malaysian Tigress, Farah Ayuni Yahya dinobatkan selaku Penjaga Gol Terbaik Trofi Juara-Juara Asia 2018. Gelaran tersebut merupakan gelaran kedua diraih oleh Ayuni, dimana kali pertama Ayuni dinobatkan dengan gelaran tersebut ketika Trofi Juara-Juara Asia (Wanita) 2016 yang berlangsung di Singapura, dengan skuad wanita negara menamatkan persaingan di kedudukan terakhir. Ayuni yang ditemui ketika pulang dari Korea Selatan melahirkan rasa syukur kerana berjaya untuk merangkul gelaran itu dan tidak menjangka akan...