Skuad bimbingan Muhammad Dharmaraj Abdullah berjaya untuk memperbaiki pencapaian di Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (Wanita) 2018 apabila menamatkan persaingan di kedudukan keempat selepas tewas 0-2 kepada China dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat yang berlangsung di Stadium Sunrise, Donghae Korea Selatan, hari ini. Edisi lalu menyaksikan skuad wanita menamatkan persaingan di kedudukan kelima (terakhir) dan kejayaan untuk memperbaiki kedudukan edisi kali ini nyata memberikan kepuasan kepada Dharmaraj kerana peningkatan yang telah ditunjukkan oleh anak-anak buahnya membuktikan mereka pasukan yang perlu diberi perhatian. “Apabila kami berjaya untuk mengakhiri kejohanan dikedudukan keempat ia merupakan satu pencapaian yang bagus kerana ketika kami tiba menyertai...