Berjaya membantu kelabnya, Kelab Badminton (BC) Cheras memecah dominasi Petaling BC untuk muncul juara Divisyen Satu Purple League Junior (PLJ) musim lalu, nama Aidil Sholeh Ali Sadikin pastinya bakal menjadi perhatian peminat badminton tempatan sedikit masa lagi. [caption id="attachment_80797" align="alignright" width="171"] Aidil Sholeh Ali Sadikin merupakan tonggak utama pasukan Cheras BC dalam saingan Purple League Junior.[/caption]   Dia juga masih segar dengan kejayaan paling besar dalam kariernya berjaya meraih pingat perak dalam acara perseorangan lelaki, Sukan Malaysia (SUKMA) Perak biarpun belum bernaung di bawah badan induk terbesar, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ketika itu.   Dalam perkembangan terbaru, Aidil menerima tawaran untuk bersama BAM dan kehebatan...

Naib juara Purple League Junior (PLJ) Divisyen Satu musim lalu, [caption id="attachment_77932" align="alignleft" width="300"] Pengurus Ampang Jaya BC merangkap jurulatih pasukan itu, Ho Khek Mong memberikan arahan kepada pemain beregu perempuannya, Goh Yi Xuan- Ng Wan Win ketika bertemu Puchong United BC di Desa Petaling Sports Centre tadi.[/caption] (BC) Ampang Jaya membuka langkah kanan apabila menang besar mengatasi Puchong United BC dengan keputusan 14-8 di Desa Petaling Sports Centre tadi. Dalam acara perseorangan lelaki, Tan Ming Kang menghadiahkan kemenangan sulung buat pasukan Ampang Jaya BC dalam PLJ musim ini apabila dia menang 3-1 (11-5, 5-11, 11-10, 11-10) mengatasi Tai Chuan Zhe dari Puchong...