Kelayakan Olimpik Remaja: Skuad Wanita Akur Tewas Kepada India
Impian skuad wanita bawah 18 negara untuk melangkah ke perlawanan akhir Kelayakan Sukan Olimpik Remaja 2018 Asia (5 Sebelah) sekaligus menempah tiket secara automatic ke Sukan Olimpik Remaja 2018 di Bueno Aires, Argentina tidak berkesampaian apabila aksi yang berlangsung di Stadium Queen Sirikit, Bangkok menyaksikan skuad bimbingan Yahya Atan akur tewas 2-4 kepada India. India terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit keenam namun jaringan tersebut tidak mematahkan semangat skuad negara untuk bangkit mencari gol penyamaan pada minit kesembilan menerusi kapten negara, Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun dan mengikat India 1-1 pada aksi separuh masa pertama. Bersambung suku masa kedua, India berjaya menambah...