Selaras dengan misi KFit untuk membentuk masyarakat yang cerdas dan cergas, KFit telah mengumumkan usahasama dengan Hari Sukan Negara 2015, suatu inisiatif yang dimulakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. “Hanya 30% dari rakyat Malaysia aktif bersukan. Ia satu angka yang amat mengejutkan”, kata Mellissa Lee, Pengurus Pemasaran KFit. “Dengan menggunakan alasan sebagai sibuk, mereka mengabaikan kecergasan fizikal. KFit percaya, jika kecergasan fizikal diberi keutamaan, kesemua halangan adalah alasan semata”. Sebahagian daripada rancangan untuk mencapai objektif ini adalah dengan menjadikan aktiviti kecergasan suatu aktiviti yang seronok, mudah dan berpatutan. "KFit mahu membantu mereka mengetahui minat mereka supaya mereka tidak menganggap aktiviti kecergasan...